Siakap Keli
sofyank ka dubai
Kredit: Sofyank

Sofyank & KA Berucap Di Sidang Kemuncak Di Dubai

Sofyank & KA Berucap Di Sidang Kemuncak Di Dubai

Penyunting kesan-kesan khas (VFX) terkenal, Sofyank meluahkan rasa syukur setelah ikon terkenal itu menamatkan misinya di Dubai.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Sofyank difahamkan hadir ke sana bagi menyampaikan ucapan di 1 Billion Follower Summit. Bukan hanya dirinya, malah beberapa pempengaruh terkenal turut berada di sana termasuk Khairul Aming.

“Alhamdulillah. Selesai di Dubai. Selain daripada saya dan KA bagi ucapan kat Dubai, banyak benda yang jadi kat sini tanpa dirancang,” ucap Sofyank.

Ikon itu turut berkongsi kenangan berpeluang bertemu idolanya, Zachking.

“Hari pertama berpeluang untuk jumpa dengan Zachking, yang lagi seronok bila dapat buat penggambaran kandungan bersama dengan Zachking.

“Hari terakhir di Dubai pula dapat menikmati dan merasai suasana barbeku di gurun Dubai,” tambahnya.

https://www.instagram.com/p/DE47BOBSuPw/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi muat naik yang lain di media sosial milik Khairul Aming, penghasil kandungan masakan itu dijemput ke Dubai untuk berucap dalam sesi yang berlainan.

“KA bercakap mengenai keaslian dalam penjenamaan peribadi dan juga macam mana kita pandu komuniti untuk jalankan bantuan banjir, Sofyank bercakap mengenai perjalanan (kerjaya) kreatifnya dalam menghasilkan VFX. Alhamdulillah tugas dah selesai sekarang dah boleh balik Malaysia,” kongsinya.

Beberapa hari lalu, Sofyank turut memuat naik gambar dan video bersama KA dan idolanya, Zachking menaiki unta di Dubai.

Untuk pengetahuan, sidang kemuncak ini merupakan ekspo terbesar di dunia yang mengumpulkan para pencipta kandungan dari seluruh dunia. Acara ini berlangsung selama tiga hari di Menara Dubai – Emirate, Museum of the Future dan Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC). Majlis berprestij ini dipenuhi dengan sesi perkongsian pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang.

Menerusi sidang kemuncak tersebut, penganjur mensasarkan peserta yang ingin mendalami penciptaan kandungan, teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi media baharu, serta ekonomi.

BACA: Video Terbaru Pukau Mata, Ramai Minta Sofyank Buat Filem Fantasi

BACA: Khairul Aming Catat Rekod, Dapat 100 Juta “Like” Ketika “Live”

Sumber: Mohamad Sofian, Khairul Aming, 1B Follower Summit (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.