Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat Diramal Landa Dua Negeri Petang Ini

Iqbal Yasir
Hujan Negeri petang
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa Dua Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri hingga jam 5 petang ini.

Menurut METMalaysia, amaran ini dikeluarkan terhadap dua negeri iaitu Sarawak dan Sabah.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Manakala di Sabah pula termasuk Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak

Sebelum ini, MET Malaysia turut amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di negeri Sarawak pada hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.

Manakala kawasan Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song) di Sarawak diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Hari Ini – METMalaysia

BACA: 90 Tahanan Palestin Dibebaskan Pada Hari Pertama Gencatan Senjata