Ini Jenis Plug & Barang Elektrik Yang Sesuai Digunakan
Soket elektrik atau secara umum dikenali sebagai plug merupakan medium penyambung elektrik kepada barangan elektronik.
Soket elektrik ini boleh dikatakan menjadi satu keperluan kerana kebanyakan rutin harian kita bergantung pada peralatan elektrik.
Bagaimanapun, terdapat pelbagai soket elektrik mengikut kesesuai barangan elektrik yang digunakan.
Oleh itu, penting untuk kita sebagai pengguna memahami penggunaan soket ini, sama ada sesuai dengan kapasiti barangan elektrik ataupun tidak.
Jika tersalah guna, ia boleh menyebabkan soket terbakar atau lebih bahaya menyebabkan litar pintas.
Hari ini SK ingin berkongsikan kiriman seorang pengguna X, @zalyazahari, tentang jenis plug bersesuaian dengan barangan elektrik, di ruangan bawah.
Jenis Plug & Barang Elektrik Sesuai Digunakan

Kalau perasan plug dekat rumah kita mi ada banyak jenis. Tapi tak semua plug sesuai digunakan harian. Silap guna terbakar la macam ni. Sini saya nak kongsi jenis plug yang sesuai digunakan.
1. Direct Plug

Untuk heavy use macam;
- Peti sejuk
- Cuckoo, Coway dll
- Aircond
Barang elektrik yang besar tak boleh pakai extension plug dan share dengan alatan elektrik yang heavy use juga. Dia kena single seorang je.
2. Extension Plug

- TV
- Kipas
- Pengecas telefon
- Penapis udara
- Pengecas kamera
- Pengering rambut
Dan pelbagai alat elektrik yang kecil sesuai guna extension plug. Pastikan pakai yang ada sirim insyaAllah selamat.
3. Plug 3 Pin Adapter

Macam plug travel yang kita beli. Hanya sesuai untuk guna sementara macam caj telefon atau caj kamera. Vacuum pun okay untuk penggunaan sementara.
4. Powercube

- TV
- Komputer
- Caj kamera, telefon dll
Jangan sesekali guna untuk;
- Microwave
- Oven
- Aircond
Sangat bahaya! Sekarang dah canggih ada switch on off lagi. Tak bazir elektrik dah!
5. Extension With USB (wall socket)

Yang ni pun sama dia tak boleh guna untuk peralatan elektrik yang heavy use macam Aircond dan lain-lain. Hanya sesuai untuk charger, tv dan lain-lain yang tak sedut elektrik kuat. Plug jenis ada cable USB ni sesuai charging sahaja.
6. Round Extension Box

Sesuai untuk kerja sementara. Macam nak guna drill, mesin basuh, sesuai lah. Nak guna pastikan keluarkan semua wayar sebab kalau dia bergulung dalam tu aliran elektrik tersekat dan bil melambung sikit.
7. Adapter Smart

Penggunaan sementara seperti caj telefon, iron. Selalu caj telefon saya pakai adapter ni. Boleh switch off melalui app, set timer dan periksa aliran elektrik juga. Kalau terlupa tutup plug iron tap je dekat telefon terus off.
Semoga bermanfaat.
Sumber: X @zalyazahari