Siakap Keli
redbus
Sumber : redBus

 Ramalan Tren Perjalanan 2025 Oleh redBus: Perjalanan Bas Capai Rekod Baru Di Malaysia

 Ramalan Tren Perjalanan 2025 Oleh redBus: Perjalanan Bas Capai Rekod Baru Di Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 16 Januari 2025 – Dengan tren perjalanan yang terus berkembang, Malaysia bersedia menghadapi tahun 2025 yang menerujakan berdasarkan perkembangan ketara pada tahun 2024. Jutaan tiket telah ditempah melalui platform redBus tahun lalu, mencatatkan peningkatan sebanyak 16.5% tahun ke tahun dengan para pengguna terus mengutamakan pilihan perjalanan yang menjimatkan, lancar, dan lebih lestari. Semua data hanya merujuk kepada transaksi di platform redBus bagi tahun kalendar 2024.

Sedang kita menuju ke Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026), landskap perjalanan semakin beralih ke arah penerokaan budaya, peningkatan rangkaian rentas sempadan, dan pendekatan tempahan berasaskan mudah alih. Pemain utama seperti redBus – platform tempahan tiket bas terbesar di dunia, berada di barisan hadapan perubahan ini, memacu inovasi untuk memenuhi keperluan yang semakin berkembang dalam kalangan pengembara Malaysia.

“Saat kita memasuki tahun 2025 dan bersiap  sedia untuk VMY 2026, redBus komited untuk membentuk masa depan perjalanan di Malaysia melalui inovasi, penyelesaian berfokuskan pelanggan, dan rangkaian perjalanan yang lebih baik,” kata Krishnan Ramaswami, Ketua Pegawai Perniagaan Antarabangsa redBus. “Dengan memanfaatkan cerapan data kami, kami bersedia untuk menerajui industri ini. Tumpuan kami kekal pada menyediakan perjalanan yang mampu milik, boleh dipercayai, dan lancar, sejajar dengan corak perjalanan yang semakin berkembang serta mendukung matlamat pelancongan Malaysia.”

Tren Utama yang akan Membentuk 2025

Pertumbuhan Pesat Pelancongan Budaya

Seiring usaha Malaysia menuju VMY 2026, kerajaan telah memperuntukkan 110 juta ringgit untuk mempromosikan kekayaan budaya dan ekopelancongan negara. Ini termasuk usaha meningkatkan tapak warisan UNESCO serta menaik taraf taman negara seperti Endau Rompin dan Pulau Redang.

Pada tahun 2024, laluan yang menghubungkan mercu tanda budaya—seperti Kuala Lumpur ke Melaka dan Kuala Lumpur ke Kuantan—melihat pertumbuhan yang ketara, dengan tempahan tiket meningkat sebanyak 31% dan 29%. Dengan perjalanan domestik yang terus berkembang, redBus menjangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan meneroka budaya tempatan, dari bandar bersejarah Melaka hingga ke Jejak Warisan Taman Temerloh, sambil menikmati pilihan perjalanan yang lebih berpatutan dan mudah.

redbus

Memperluas Perjalanan Rentas Sempadan

Perjalanan serantau dijangka meningkat pada tahun 2025, dengan hubungan yang lebih kukuh antara Malaysia dan negara jiran – Indonesia, Singapura, dan Thailand. Pada tahun 2024, laluan seperti Kuala Lumpur ke Hatyai mencatatkan pertumbuhan sebanyak 73%, manakala Johor Bahru ke Singapura mengalami peningkatan sebanyak 88%. Ekonomi global yang semakin berkembang dijangka akan terus meningkatkan sektor pelancongan di seluruh Asia Tenggara.

Laluan popular seperti laluan feri Pulau Langkawi ke Koh Lipe dan Johor ke Batam telah melihat permintaan yang semakin meningkat. Sebagai tindak balas, redBus telah memperkenalkan ciri pengisian pasport automatik untuk tempahan feri, membolehkan para pelancong memuat naik gambar pasport dengan mudah dan mempercepatkan prosed perjalanan rentas sempadan, menjadikan perjalanan lebih lancar dan efisien daripada sebelumnya.

Revolusi Mudah Alih dalam Tempahan Perjalanan

Tempahan mudah alih sedang mengubah cara rakyat Malaysia merancang perjalanan mereka. Pada tahun 2024, 81% daripada semua tempahan dilakukan melalui aplikasi mudah alih redBus—peningkatan sebanyak 19.4% berbanding tahun sebelumnya.

Dengan pilihan tempahan segera (hanya lima minit dari masa tempahan hingga masa berlepas), para pengembara kini semakin mencari penyelesaian yang fleksibel, efisien, dan berasaskan digital. Corak perancangan perjalanan yang on-the-go dan dipacu oleh teknologi mudah alih ini dijangka akan terus berkembang pada tahun 2025, dengan kemudahan menjadi asas kepada pengalaman perjalanan moden.

Perjalanan dalam Kumpulan Mendapat Lebih Populariti

Walaupun perjalanan solo masih popular, perjalanan dalam kumpulan sedang mengalami peningkatan yang signifikan. Pada tahun 2024, redBus mencatatkan kenaikan sebanyak 23% dalam tempahan kumpulan, yang didorong oleh keluarga, rakan-rakan, dan kumpulan yang mencari pilihan perjalanan yang  dan efisien.

Corak ini dijangka akan berterusan hingga 2025, dengan lebih banyak kumpulan mencari fleksibiliti dan kemudahan dalam membuat tempahan. Musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Krismas-Tahun Baru dan Hari Raya Aidilfitri adalah peluang utama untuk perjalanan kumpulan, dengan permintaan tinggi dijangka untuk laluan seperti Kuala Lumpur ke Melaka dan Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Corak Perjalanan Perayaan

Perjalanan perayaan terus menjadi pendorong utama tempahan, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Pada tahun 2024, 50% daripada tempahan perayaan datang dari golongan umur 18-24 tahun, dengan ramai yang memilih perjalanan solo dan berkumpulan bagi meraikan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Namun, musim perjalanan Krismas dan akhir tahun menyerlah, menyumbang 3.68% daripada jumlah keseluruhan tiket yang dibeli sepanjang tahun—lebih tinggi berbanding permintaan yang dicatatkan pada musim perayaan sebelumnya.

Ketika rakyat Malaysia pulang untuk berjumpa dengan orang tersayang semasa perayaan ini, permintaan untuk pilihan perjalanan yang pantas, fleksibel, dan mudah diakses dijangka akan terus meningkat. Dengan peningkatan rangkaian jalan raya dan ciri mudah alih yang inovatif, redBus bersedia untuk memenuhi permintaan perjalanan perayaan yang semakin berkembang pada tahun 2025.

Fakta Menarik dari 2024

Beberapa tren dari 2024 memberikan perspektif tentang perubahan yang akan membentuk tahun ini:

  • Wilayah Selatan (Melaka dan Johor Bahru) ↔ Kuala Lumpur mendahului semasa musim puncak Tahun Baru Cina dan Raya. Selatan memang menjadi tumpuan!
  • Masa Tempahan Terpendek: Masa antara tempahan dan berlepas yang paling singkat hanya 5 minit!
  • Pengembara Luar Biasa: Seorang pengembara tegar telah melakukan 712 transaksi pada tahun 2024. Itulah komitmen sebenar!
  • Laluan Paling Popular: Laluan Kota Bharu ke Gombak mencatatkan pertumbuhan tempahan yang luar biasa sebanyak 111%!
  • Hari Perjalanan Puncak: Hari Ahad muncul sebagai hari perjalanan paling popular, mengatasi Selasa, dengan perjalanan malam (9 PM–12 AM) terus mendominasi, mencerminkan permintaan untuk jadual perjalanan yang lebih fleksibel.
  • Pengembara Golongan Muda: Kumpulan umur 18-24 tahun mewakili 50% daripada semua pengguna redBus pada tahun 2024.
  • Aliran Trafik: Disember merupakan bulan yang paling sibuk, manakala April adalah bulan yang paling lengang.

Terokai dan tempah perjalanan anda yang seterusnya dengan redBus hari ini. Kunjungi laman web kami atau muat turun aplikasi mudah alih redBus untuk mula merancang perjalanan anda.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.