Siakap Keli
dua lelaki rentung
Kredit: Bernama

Dua Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Sebuah Rumah

Dua Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Sebuah Rumah

ALOR SETAR, 21 Jan (Bernama) — Dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Azhar Mohamad berkata setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi dan dimaklumkan terdapat tiga lelaki berada dalam rumah. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azhar berkata 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan BBP Alor Setar yang dikejarkan ke lokasi kejadian berjaya mengawal api pada 7.11 pagi.

Sementara itu, saksi kejadian Jefri Ahmad, 51, berkata dia menyedari kebakaran berlaku selepas menjenguk ke luar rumah menerusi tingkap setelah mendengar bunyi bising.

“Saya nampak api sedang marak dan terus menghubungi bomba. Saya tahu rumah itu didiami lima individu termasuk dua yang ditemukan rentung,” katanya.

BACA: Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Tawau 

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.