Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Tawau
TAWAU, 27 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 38 rumah di Kampung Jati, Batu 5 di sini tengah malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata mayat kanak-kanak berusia lima tahun itu ditemukan pada 4.50 pagi.
“Kebakaran membabitkan 38 rumah di kawasan 1.57 ekar dan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera bomba dan air terbuka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata operasi ditamatkan pada 5.59 pagi dan punca kebakaran masih disiasat.
Sumber: BERNAMA