Siakap Keli
zodiak cina
Gambar: Chinese New Year

Ini 12 Haiwan Zodiak Dalam Kalendar Cina & Personaliti

Ini 12 Haiwan Zodiak Dalam Kalendar Cina & Personaliti

Kalendar merupakan satu jadual atau susunan tarikh bagi sesuatu tahun yang diatur mengikut hari (dalam minggu) dan bulan (dalam tahun).

Penggunaan kalendar penting sebagai penanda atau peringatan peristiwa setiap orang dalam menjalani kehidupan mendatang.

Seperti sedia maklum, kalendar yang diguna pakai oleh di dunia ketika ini merupakan kalendar Gregorian yang telah diseragamkan.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis kalendar disebabkan faktor perbezaan, agama bangsa dan budaya masyarakat. Sebagai contoh, umat Islam mempunyai kalendar Hijrah atau kalendar Islam.

Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, hari ini SK ingin berkongsi salah satu kalendar yang terdapat dalam kaum Cina berdasarkan zodiak haiwan di bawah.

Zodiak Cina

Menurut kepercayaan kuno astronomi Cina, zodiak Cina diambil berdasarkan kisah-kisah rakyat yang mengisahkan tentang 12 ekor haiwan, yang terdiri daripada tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing, dan babi.

Setiap tahun dalam kalendar mewakili satu zodiak (haiwan) dan ia dipercayai memiliki personaliti tersendiri terhadap mereka yang dilahirkan pada tahun berkenaan.

12 Zodiak Cina & Personaliti

zodiak cina
Gambar: China Highlights

1. Tikus

  • Bercita-cita tinggi
  • Menawan
  • Banyak cakap
  • Bijak
  • Suka menyendiri
  • Berjimat-cermat
  • Berfikiran kritis

2. Lembu

  • Bijak
  • Lemah lembut
  • Bekerja keras
  • Boleh diharapkan
  • Penyabar
  • Keras kepala

3. Harimau

  • Berkeyakinan
  • Berani
  • Daya tarikan
  • Idealistik
  • Periang
  • Angkuh

4. Arnab

  • Baik
  • Sensitif
  • Artistik
  • Romantik
  • Tegas
  • Pemalu
  • Pembersih

5. Naga

  • Lantang bersuara
  • Bertenaga
  • Pemurah
  • Bijak
  • Mementingkan kesempurnaan
  • Angkuh
  • Penyabar

6. Ular

  • Pintar
  • Ingin tahu
  • Menawan
  • Bijak
  • Cemas
  • Berjimat-cermat

7. Kuda

  • Kelakar
  • Bersemangat
  • Berdikari
  • Pemujuk
  • Suka mengambil peluang

8. Kambing Biri-biri

  • Mesra
  • Empati
  • Kreatif
  • Ceria

9. Monyet

  • Menghiburkan
  • Bijak
  • Optimistik
  • Bersosial
  • Berubah-ubah
  • Berahsia
  • Tidak dijangka

10. Ayam 

  • Pengembara
  • Murah hati
  • Kelakar
  • Setia
  • Bersifat argumentatif
  • Angkuh
  • Suka melibatkan diri

11. Anjing

  • Suka membantu
  • Jujur
  • Boleh dipercayakan
  • Tidak mementingkan diri
  • Pemalu

12. Babi

  • Ambil berat
  • Murah hati
  • Pandai
  • Mesra

Sumber: Oprah daily, Chinese Learning

BACA: Senarai Barangan MyKasih 2025 Yang Boleh Dibeli

BACA: Ini Senarai Kedai MyKasih 2025 Di Setiap Negeri

BACA: Ini Gambar Sebelum & Terkini Keadaan Gaza Selepas Gencatan Senjata

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.