Macam Ni Rupanya Bunyi Ibu Gajah Panggil Anak
Di negara Asia Tenggara, kehadiran sekeluarga gajah di kawasan manusia sudah tidak asing lagi bagi masyarakat tempatan. Gajah sudah lama mendiami hutan hujan tropika sejak ribuan tahun dahulu.
Selalu kita baca, sejarah menunjukkan gajah menjadi medium pengangkutan utama di Asia Tenggara sebelum adanya kenderaan bermotor. Ciri-ciri badannya yang tegap, kulit yang tebal dan mempunyai belalai dan kaki yang gagah membolehkan haiwan ini meredah hutan belantara dengan mudah.
Walaupun sering kali kita tonton video bertembung gajah di tengah jalan yang dikongsi warga maya, namun ketahuilah spesies ini semakin sedikit. Populasi yang tidak memberangsangkan membuatkan gajah diletakkan dalam status haiwan terancam.
Disebabkan itu, setiap negara membangunkan inisiatif tersendiri dalam melindungi haiwan terancam ini. Selain mengenakan tindakan tegas buat mereka yang mengancam haiwan ini, proses penempatan semula gajah yang tersesat turut dilakukan.
BACA: Anak Gajah Mengganggu Wartawan Kenya Semasa Siaran Langsung Laporan TV
Itulah yang dilakukan oleh beberapa individu dipercayai di Indonesia apabila seekor anak gajah tersesat dari kumpulannya. Menerusi video berdurasi 1 minit lebih itu, terdapat beberapa orang berpakaian baju keselamatan sedang menuntun seekor anak gajah.
Menelusuri kawasan kelapa sawit, kedengaran bunyi nyaring seekor gajah dewasa dari jauh. Gajah tersebut dipercayai memanggil anaknya yang ada bersama sekumpulan individu tersebut.
Dari semak samun, anak gajah tersebut dituntun menaiki tebing dan ditinggalkan di ruang terbuka. Setelah salah seorang daripada kumpulan tersebut melihat ibu gajah semakin menghampiri, mereka bergegas meninggalkan tempat tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya terhibur mendengar kata-kata salah seorang individu yang mengugut anak gajah untuk dilaporkan kenakalannya kepada ibu gajah.
Malah, ada juga yang melakonkan dialog lucu antara ibu dan anak gajah tersebut.
https://x.com/rejekianakbaik/status/1880185462134092089
BACA: Gelagat Ibu Gajah Curi Tumpuan, Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang Diselamatkan PERHILITAN
BACA: Dipercayai ‘Kantoi’ Makan Tebu Di Sebuah Ladang, Anak Gajah Cuba Menyorok Di Sebalik Tiang
Sumber: Ar1