Siakap Keli
Sumber: BBC News

Anak Gajah Mengganggu Wartawan Kenya Semasa Siaran Langsung Laporan TV

Anak Gajah Mengganggu Wartawan Kenya Semasa Siaran Langsung Laporan TV

Tugas seorang wartawan ialah melaporkan tentang berita-berita terkini serta menyampaikan maklumat-maklumat kepada masyarakat. Menjadi seorang wartawan tidak mudah kerana akan menghadapi pelbagai rintangan ketika melakukan liputan secara langsung di luar studio.

Baru-baru ini satu video yang amat mencuit hati yang telah dikongsi oleh BBC News tentang seekor anak gajah yang menganggu seorang wartawan ketika sedang melaporkan berkenaan aktiviti anak-anak gajah di pusat pemuliharaan untuk Perbadanan Penyiaran Kenya (KBC).

Video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan telatah seekor anak gajah menganggu wartawan tersebut ketika membuat liputan siaran langsung.

Menerusi video itu dapat dilihat beliau yang sedang berdiri di hadapan sekumpulan tiga ekor gajah dan tiba-tiba seekor anak gajah di belakangnya meletakkan belalai pada mulut Kaunda. Wartawan itu dilihat tidak dapat menahan ketawa dengan telatah anak gajah tersebut.

Perkongsian video berkenaan pantas menjadi viral dan menarik perhatian banyak pihak. Netizen turut tidak melepaskan peluang berkongsi keterujaan masing-masing melihat video berkenaan.

Sumber: BBC News, Youtube

Shafikah