Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
trump who
Kredit: AFP

Trump Tandatangan Perintah Tarik Diri Dari WHO

Azizah Najib

Trump Tandatangan Perintah Tarik Diri Dari WHO

Washington – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif bagi mengarahkan negara itu menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor AFP.

Beberapa jam selepas pelantikannya di Rumah Putih, Trump mendakwa Amerika Syarikat telah membayar lebih banyak kepada badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berbanding China.

“WHO telah memperdaya kita,” dakwanya.

WHO yang berpangkalan di Geneva itu telah menerima sumbangan yang besar daripada AS bagi pengoperasian badan tersebut. Berikutan penarikan negara gergasi itu daripada keahlian WHO, penyusunan semula terhadap badan tersebut dijangka bakal berlaku. Ia sekaligus berpotensi mencetuskan gangguan terhadap inisiatif kesihatan global.

Perintah eksekutif ini merupakan percubaan kali kedua Trump dalam mengeluarkan AS daripada WHO tatkala AS sedang menghadapi ancaman selesema burung H5N1.

Biarpun setakat ini ia telah meragut satu nyawa di negara tersebut, ia dikhuatiri berpotensi menular menjadi pandemik.

Dalam pada itu, pihak pentadbiran turut mengumumkan rancangan bagi menyemak dan membatalkan Strategi Keselamatan Kesihatan Global Amerika Syarikat 2024. Strategi berkenaan diwujudkan oleh Biden dengan tujuan mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap ancaman penyakit berjangkit secepat mungkin.

Terdahulu, Trump cuba untuk menarik AS keluar ketika penggal pertamanya sebagai Presiden AS. Beliau menuduh badan tersebut telah dipengaruhi oleh China ketika awal pandemik.

Namun, langkah tersebut dibatalkan ketika Joe Biden memegang tampuk pemerintahan.

“Hentikan pemindahan dana, sokongan atau sumber Kerajaan Amerika Syarikat kepada WHO. Kenal pasti rakan kongsi yang boleh dipercayai dan telus di peringkat Amerika Syarikat dan antarabangsa bagi mengambil alih aktiviti penting yang sebelum ini dilakukan oleh WHO,” arahnya menerusi perintah eksekutif yang baru ditandatangani itu.

Sementara itu, negara-negara anggota WHO telah bersetuju untuk meneruskan rundingan perjanjian dunia pertama dalam mencegah, bersiap siaga dan bertindak balas terhadap pandemik tanpa penyertaan AS.

BACA: Trump Angkat Sumpah Untuk Penggal Kedua, AS Bersiap Hadapi Perubahan Besar

BACA: TikTok Kembali Beroperasi Selepas Trump Mahu Pengguna Saksikan Pelantikannya

Sumber: AFP