Siakap Keli
2 Lelaki Rentung
Kredit: Bernama

Dua Rentung Rumah Terbakar, Kes Diklasifikasikan Semula Sebagai Bunuh

Dua Rentung Rumah Terbakar, Kes Diklasifikasikan Semula Sebagai Bunuh

Kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, dipercayai angkara dendam.

Menurut Astro Awani, lima suspek berusia 19 hingga 53 tahun termasuk seorang lelaki warga Myanmar dan anak saudara salah seorang mangsa telah pun ditahan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata pihaknya kini menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ia selepas pihak bomba dan polis menemui bahan api yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

Ujar beliau, hasil siasatan awal mendapati anak saudara mangsa memasuki ke rumah tersebut dengan menggunakan kunci pendua yang diberikan seorang lagi suspek.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah membawa minyak petrol untuk dicurahkan kepada mangsa dan rumah tersebut.

Kes dua rentung rumah terbakar diklasifikasi semula sebagai bunuh

Ketika kejadian, mangsa masing-masing berusia 61 dan 23 tahun yang identiti sudah dikenal pasti sedang tidur di bilik tingkat atas rumah separa kekal berkenaan.

“Kejadian sepatutnya kemalangan namun siasatan mendapati ia bukan kemalangan kerana maklumat pertama yang kita dapat laporan mengatakan ada bau petrol dan daripada itu kita buat tangkapan ke atas kelima-lima lelaki ini untuk siasatan awal dan kita dapat pastikan dan menjurus kepada siasatan 302,” katanya.

Jelas Fisol lagi, siasatan lanjut turut mendapati lokasi kejadian mempunyai bau petrol dan botol mineral yang mengandungi separuh bahan api.

Lebih menguatkan siasatan juga, mangsa yang berusia 61 tahun pernah membuat laporan polis berhubung telefon bimbitnya yang dicuri suspek, sehari sebelum kejadian.

Namun begitu, laporan berkenaan telah ditarik semula tidak lama kemudian sebelum kebakaran yang mengorbankan dua mangsa itu berlaku.

Pihak polis sedang membuat siasatan secara terperinci termasuk motif dendam yang dipercayai menjadi punca.

Lima suspek kini sedang direman 

Ujar Faisol lagi, tiga daripada lima suspek yang ditahan dipercayai terlibat secara langsung dengan kejadian berkenaan. Salah seorang daripada mereka turut disyaki membantu menyerahkan kunci pendua kediaman itu kepada suspek utama.

Kelima-lima suspek kini direman sehingga 27 Januari bagi membantu polis melengkapkan siasatan.

Menurut Astro Awani, tiga suspek utama mendapati positif dadah, manakala dua suspek yang lain memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

BACA: Abg Yahya Rangkul Emas Kedua Pada Boling Para Dunia Di Hong Kong

Sumber: Astro Awani

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.