Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Kredit: BBC

Kenali ‘Negara’ Transnistria, Wujud Tapi Ramai Tak Tahu

Athirah

Kenali ‘Negara’ Transnistria, Wujud Tapi Ramai Tak Tahu

Negara adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada entiti politik dan wilayah yang jelas yang memiliki penduduk tetap.

Kerajaannya pula dapat berfungsi serta menguruskan urusan dalam serta luar negeri tanpa penglibatan atau campur tangan mana-mana pihak.

Jumlah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) setakat ini adalah sebanyak 193 buah anggota.

Negara-negara ini adalah negara berdaulat yang diterima masuk ke pertubuhan tersebut berdasarkan persetujuan Perhimpunan Agung PBB.

Namun begitu, ada juga wilayah-wilayah yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri namun tidak diiktiraf sebagai sebuah negara oleh komuniti antarabangsa.

Salah satunya adalah ‘negara’ Transnistria, iaitu nama yang kedengaran agak asing pada kebanyakan orang.

Jadi, kali ini SK ingin berkongsi dengan pembaca semua beberapa info menarik mengenai Transnistria yang mungkin ramai tidak pernah mendengar sebelum ini.

Kenali Transnistria, ‘negara’ bersempadan dengan Moldova dan Ukraine

Menurut BBC, Transnistria adalah sebuah wilayah kecil di sepanjang sungai Dniester yang bersempadan dengan Moldova dan Ukraine.

Ia memiliki keluasan wilayah sebesar 4,163 km² dan populasi kira-kira 367,000 penduduk. Transnistria pada asalnya adalah sebahagian daripada Moldova, namun bertindak mengisytiharkan kemerdekaan secara sepihak pada 1990.

Tindakan tersebut bagaimanapun telah mengundang ketegangan di wilayah itu, termasuk tentangan daripada kerajaan Moldova sendiri.

Malah, komuniti antarabangsa juga tidak mengiktiraf kemerdekaan secara sepihak yang dibuat oleh Transnistria dan sehingga kini tidak diterima oleh mana-mana negara.

Presiden Transnistria, Vadim Krasnoselsky

Menariknya, Transnistria memiliki ‘kerajaan’ sendiri dengan Vadim Krasnoselsky menjadi Presiden pertama yang dipilih sebagai ‘Ketua Kerajaan’ pada Disember 2016.

Pada 2021, beliau sekali lagi dipilih untuk menjawat jawatan tersebut.

Sebelum menjawat jawatan tertinggi berkenaan, Vadim pernah menjadi Menteri Dalam Negeri dari tahun 2007 hingga 2012.

Beliau meninggalkan dunia politik selepas itu sebelum kembali sebagai anggota parlimen pada 2015.

Walaupun tidak diiktiraf sebagai sebuah negara sebenar, Transnistria memiliki pentadbirannya awamnya sendiri seperti jabatan yang mengendalikan urusan imigresen.

Malah, Transnistria juga memiliki matawang tempatan yang disebut sebagai Transnistrian Ruble.

BACA: Abg Yahya Rangkul Emas Kedua Pada Boling Para Dunia Di Hong Kong

Sumber: BBC