Siakap Keli
50% diskaun tol
Sumber : BERNAMA

50% Diskaun Bayaran Tol Sempena Tahun Baharu Cina 2025

50% Diskaun Bayaran Tol Sempena Tahun Baharu Cina 2025

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani dalam Mesyuarat Kabinet hari ini telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025. Implikasi kewangan yang ditanggung  Kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08juta.

2. Pemberian ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah sekian kalinya diberikan oleh Kerajaan Madani bagi  keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.  Sepanjang tempoh tersebut, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak  RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan Tol Percuma Musim Perayaan dari 2023 hingga 2024.

3. Pengumuman saya sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024. Bagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50% sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan  kesejahteraan rakyat yang didukung oleh kedudukan kewangan Kerajaan yang  kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan  perdagangan.

4. Keputusan memberikan diskaun 50% dari kadar biasa tol ini akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa) bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol KECUALI di plaza  tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya  Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua  Malaysia-Singapura (LINKEDUA). 

5. Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan  dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa cuti panjang ini. Pengguna disarankan memuat-turun apps MYPLUS-TTA di PLUS App (Official) untuk mendapatkan cadangan jadual waktu perjalanan atau  travel time advisory (TTA) bagi meningkatkan aspek keselamatan dalam pengalaman pemanduan supaya kita semua dapat sampai ke destinasi dengan  selamat bagi memaknai pengertian sebenar sambutan perayaan Tahun Baharu  Cina kali ini.

6. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi  arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message  System (VMS). Pengguna yang menggunakan lorong Smart Lane diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki lorong Smart Lane yang telah  diaktifkan, memandu dengan kelajuan yang ditetapkan dan peka dengan keadaan sekeliling semasa.

7. Pengguna juga disarankan untuk menyemak status trafik semasa atau  sebarang insiden di lebuh raya yang dikemaskini melalui media sosial rasmi  Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya  Malaysia), di aplikasi X (@LLMtrafik) serta di TikTok (@llmtrafik).

Pengguna  lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1- 800-88-7752 untuk memperolehi keadaan trafik terkini atau bantuan. Bagi  mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui paparan CCTV di  semua lebuh raya, pengguna juga boleh melayari laman sesawang LLM di  https://www.llm.gov.my. Di samping itu, maklumat keadaan trafik juga boleh  diperolehi daripada WhatsApp Channel LLM Info Trafik. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.