Agong Santap Pagi Nasi Lemak Bersama Perdana Menteri
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa untuk santap pagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Masjid India di sini.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka Baginda.




Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar.


BACA: Subsidi Tambang Penerbangan Musim Perayaan Kurangkan Rungutan Rakyat – Loke
BACA: 2.4 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pulau Pinang Sempena Tahun Baru Cina
BACA: DOF Tegas Tidak Pernah Jemput Mana-mana Individu Jalani Latihan Di Akademi Perikanan
Sumber: BERNAMA