Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar: BERNAMA

2.4 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pulau Pinang Sempena Tahun Baru Cina

Athirah

2.4 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pulau Pinang Sempena Tahun Baru Cina

GEORGE TOWN, 25 Jan (Bernama) — Lebih 2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dengan purata 200,000 kenderaan sehari.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kemuncak jumlah kenderaan dijangka bermula minggu depan dan pihaknya juga telah mengenal pasti lapan lokasi ‘blackspot’ atau kawasan kerap berlaku kemalangan maut.

“Kawasan tersebut ialah Jalan Air Itam Paya Terubong dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong di daerah Timur Laut, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang (Barat Daya), Jalan Teluk Air Tawar ke Jalan Bagan Luar (Seberang Perai Utara), Jalan Perusahaan Perai (Seberang Perai Tengah) dan Lebuhraya Utara Selatan serta Jalan Besar Simpang Ampat di daerah Seberang Perai Selatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata anggota polis ditempatkan 24 jam sehari di lokasi ‘blackspot’ terbabit serta di beberapa ‘hotspot’ atau kawasan kesesakan trafik tinggi untuk mengawal pergerakan kenderaan.

Sementara itu, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Penguatkuasaan dan Pendidikan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Shafiz Rahim Raja berkata MBPP melancarkan Ops Cuti Sekolah bagi penguatkuasaan dan kawalan lalu lintas di beberapa kawasan tumpuan dan pelancongan.

Beliau berkata antara pelan pengurusan trafik yang dilaksanakan ialah penggunaan kamera litar tertutup yang bertindak sebagai mata risikan (intelligence eyes) untuk memantau serta melaporkan lokasi yang terlibat dengan kesesakan agar anggota dapat dikerahkan ke lokasi itu dengan segera.

MBPP katanya turut mengaktifkan Ops Payung di beberapa lokasi tumpuan utama antaranya Jalan Penang, Bukit Bendera, Ayer Itam dan Pesta Pulau Pinang secara berkala.

“Di Jalan Penang operasi itu bermula 11 pagi hingga 5 petang dari 18 Jan hingga 16 Feb manakala di Bukit Bendera, ia melibatkan dua tempat iaitu 12 tengah hari hingga 6 petang (25 Jan-16 Feb), di Ayer Itam pula, bermula 4 petang hingga 11 malam (29 Jan-5 Feb),” katanya dalam kenyataan.

Shafiz berkata MBPP turut menutup laluan masuk dari Lebuh Light ke Jalan Padang Kota Lama iaitu berhadapan Town Hall bermula 18 Jan hingga 16 Feb bermula 6 petang setiap hari, bagi memastikan aliran trafik lancar bagi kenderaan keluar dari Padang Kota.

Selain itu katanya kerja-kerja dan projek pembinaan di jalan-jalan utama diberhentikan kecuali atas sebab kecemasan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa musim cuti sekolah ini.

“MBPP juga menyediakan pasukan penyelenggaraan yang bersiap siaga 24 jam untuk menjalankan pembaikan dan menangani sebarang masalah yang mungkin timbul,” katanya.

Menurutnya MBPP, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan juga membuat rondaan dan kawalan di kawasan lain yang dikenal pasti sesak semasa cuti sekolah seperti di Persiaran Gurney, Pulau Tikus, sekitar Komtar dan Persiaran Bayan Indah (Queensbay Mall).

“Semua pengunjung yang mengunjungi bahagian pulau juga diminta untuk meletakkan kenderaan di kawasan tempat letak kereta yang dibenarkan bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan halangan kepada pengguna yang lain,” katanya.

Sumber: BERNAMA