Siakap Keli
Negeri hujan malam
Gambar: Bernama

8 Negeri Dijangka Dilanda Hujan Lebat Hingga Malam Ini

8 Negeri Dijangka Dilanda Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga jam 8 malam ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan keseluruhan negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan lebat adalah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Muallim.

“Sementara di Pahang hanya melibatkan tiga daerah, iaitu Raub, Bentong dan Temerloh.

“Daerah Jelebu, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan turut diramal hujan hingga malam ini.

” Di Johor, beberapa kawasan diramal hujan termasuk Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sabah, hujan diramal berlaku di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Tongod),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid033n9XYFq9EdjRVf4E4pBnZdxUj43X2jm4Et12fzALxbunYAFMyZXXeBXjaMoSip9el

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Membina Kemakmuran: Usahawan Tempatan Cipta Kejayaan Nasional

BACA: Ramai Salah Anggap Vape Boleh Hilangkan Ketagihan Merokok, Ini Yang Korang Kena Tahu Dulu

BACA: Dah Lama Wujud, Rupanya Ini Kesilapan Terbesar Mungkin Ramai Buat Bila Main Game Ular

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.