Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri, 1 Wilayah – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 1 tengah hari, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah, serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Kuala Krai dan Gua Musang, selain daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Di Johor pula, daerah yang terlibat adalah Segamat dan Mersing.
“Manakala di Sabah, membabitkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Membina Kemakmuran: Usahawan Tempatan Cipta Kejayaan Nasional
BACA: Ramai Salah Anggap Vape Boleh Hilangkan Ketagihan Merokok, Ini Yang Korang Kena Tahu Dulu
BACA: Dah Lama Wujud, Rupanya Ini Kesilapan Terbesar Mungkin Ramai Buat Bila Main Game Ular
Sumber: METMalaysia