Siakap Keli
Matcha Latte Kami, Lembaran Baharu Anda: Warnai Tahun Baharu Cina Anda Bersama The Coffee Bean & Tea Leaf®
Gambar Hiasan

Matcha Latte Kami, Lembaran Baharu Anda: Warnai Tahun Baharu Cina Anda Bersama The Coffee Bean & Tea Leaf®

Matcha Latte Kami, Lembaran Baharu Anda: Warnai Tahun Baharu Cina Anda Bersama The Coffee Bean & Tea Leaf®

Kuala Lumpur, 27 Januari 2025 – Sempena Tahun Baharu Cina ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menjemput anda untuk membuka sebuah lembaran baharu dengan keajaiban matcha. Menampilkan keaslian matcha bersama keenakan rasa buah, minuman ini sempurna untuk menyala semangat tahun baharu.

“Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kami bukan sahaja menyajikan minuman kami sendiri yang disediakan dengan tangan—tapi juga aneka pengalaman yang manis. Sempena Tahun Baharu Cina, kita menjiwai semangat musim perayaan ini, di mana setiap hirupan bukan sahaja meraikan perisa—tapi turut melambangkan harapan, pengembaraan, dan hubungan yang bermakna,” ujar Pink Fong, Pengarah Pemasaran Serantau MYSG, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Raikan musim perayaan ini menerusi ‘Our Matcha Latte, Your New Beginnings,’ dan mari kita buka sebuah lembaran baharu untuk meneroka dan berkongsi detik riang bersama-sama.”

Warnai musim perayaan ini dengan minuman berunsur matcha, dirumus untuk memuaskan deria rasa anda dengan setiap hirupan. Strawberi ataupun mangga, pilihan yang anda buat pastinya menggiurkan! Nikmati gandingan yang sempurna antara aroma matcha dan kemanisan strawberi dengan Iced Matcha Strawberry Latte atau Matcha Strawberry Ice Blended®, minuman yang berkrim lagi menyelerakan. Untuk mengalami kesegaran rasa tropika, nikmati Iced Matcha Mango Latte atau Matcha Mango Ice Blended®.

Sambutan perayaan pastinya tidak lengkap tanpa makanan! Menu khas kami yang terdiri daripada aneka juadah yang manis lagi lazat adalah sempurna untuk dinikmati bersama insan tersayang. Gamit Ong dengan juadah Golden Pineapple Tart Delight dan Citrus Fortune Tea Cake kami, atau alami sentuhan moden kami ke atas Golden BBQ Chick-kwa Sandwich dan Red Bean Blossom Swirl.

Juga jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran Tahun Baharu Cina kami! Raikan musim perayaan ini dengan ganjaran eksklusif apabila anda membelanjakan hanya RM38 dalam satu resit. Peroleh sampul CNY dan “baucar kembali” untuk menikmati pelbagai manfaat menarik seperti minuman PERCUMA dengan aplikasi MyCBTL, diskaun bagi minuman dan barangan, serta kek percuma dengan pembelian mana-mana dua minuman. Bukan itu sahaja, rebut tawaran Double the Huat kami dan dapatkan mana-mana minuman buatan tangan 12oz pada harga RM8.88 sahaja melalui pembelian dua minuman! [Tawaran dalam kedai ini disediakan dari 29 Januari hingga 1 Februari 2025. Tertakluk kepada terma dan syarat.] Jadikan Tahun Baharu Cina anda lebih istimewa bersama kami!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi laman Facebook kami www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, laman sesawang www.coffeebean.com.my, atau muat turun aplikasi MyCBTL kami, terdapat di Apple App Store dan Google Play Store.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.