Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah semoga perayaan Tahun Baharu Cina ini membawa kemakmuran serta kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya.
“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda.
Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina disambut esok merupakan Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu termasuk semangat persaudaraan, kejayaan, dan pembaharuan.
BACA: KTMB Sedia Dua Tren Tambahan ETS Sempena Tahun Baharu Cina
BACA: Sambut Hari Lahir Ibu, Anak-Anak Minta Disuap Undang Sebak Ramai
BACA: Nukilan Anak Ustaz Azhar Idrus Sentuh Hati Ramai
Sumber: BERNAMA