Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sambut Hari Lahir Ibu, Anak-Anak Minta Disuap Undang Sebak Ramai
Ibu merupakan sosok yang tidak akan pernah terganti tempatnya di sudut hati kita.
Hidup ini tak pernah mudah tanpa kehadiran ratu hati ini kerana pelukan hangat mereka sentiasa membuat segala rasa sakit sirna hilang.
Bagi setiap insan bergelar anak, melihat raut wajah ibu yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sejak kecil hingga dewasa adalah satu kebahagian.
Namun, tahun demi tahun raut wajah mereka yang dahulunya tegang kini mula berkedut membuatkan kita sebagai anak ingin membalas semula jasanya walaupun sekecil zarah.
Begitulah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @nachosbyhafiya memaparkan suasana menyambut hari lahir ibu mereka, Hajah Tasripah Binti Suparman yang ke-74.
Dalam klip tersebut, kesemua ahli keluarga dan anak-anak (kecuali anak kedua) berkumpul di ruang tamu rumah bersama menyambut hari istimewa Syurga mereka.
Apa yang meruntun jiwa, kesemua anak-anak meminta ibu memberikan satu suapan pulut kuning kepada mereka tak ubah seperti yang diterima suatu ketika dahulu sejak kecil.
Apatah lagi mengenang kembali tangan itulah yang membesarkan mereka 10 beradik.
“Dihari lahir mak yang ke-74, anak-anak minta nak mak suapkan pulut kuning. Mengimbau kenangan waktu kecil.
Seorang demi seorang anak kelihatan tidak dapat menahan sebak selepas menerima suapan daripada ibu mereka yang kini menginjak usia senja.
Momen manis itu turut diabadikan dalam bentuk gambar sebagai kenangan buat mereka.
Bukan itu sahaja, kasih sayang itu turut dikongsi bersama semua ahli keluarga termasuk menantu yang telah kehilangan ibu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen banjir air mata melihat kemesraan keluarga berkenaan yang menghargai pengorbanan ibu mereka.
Malah ada yang berkongsi luahan hati di ruangan komen.
“Yang menantu lagi sedih woi,” komen seorang pengguna.
“Auto menangis yang dapat mentua baik alhamdulillah. Yang dapat mentua yang banyak ragam berdoa sama Allah SWT. InsyaAllah ada sinar-sinarnya Amin. Kuncinya ialah sabar, tawakal setiap dugaan Allah,” tulis seorang lagi pengguna.
“Mak aku dah tiada. Haritu balik rumah mentua. Mentua dah lama tak masak. Kebetulan balik haritu mak mentua masakkan untuk kami laki bini sebab mak dah tak kerja dan haritu dia masak lauk kegemaran aku kari ayam pekat,” kongsi seorang lagi.