Pesawat Pejuang F-35 Terhempas Di Alaska
Pesawat pejuang F-35 jenis tempat duduk tunggal terhempas di Pangkalan Udara Eielson, Alaska, pada Selasa.
Insiden terbabit dipercayai berlaku ketika sesi latihan, dan juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) yang mengendalikan pesawat tersebut dilaporkan selamat.
Menurut Komander Sayap Tempur Ke-354, Kolonel Paul Townsend, juruterbang berkenaan berhadapan “kerosakan ketika penerbangan” tetapi berjaya keluar dari pesawat menggunakan kerusi lenting.
Townsend memaklumkan kepada media bahawa pesawat tersebut terhempas ketika fasa pendaratan.
https://x.com/spectatorindex/status/1884409620120412550?s=49&t=I_yAdCJIzr35NzXCT8Hnfw&fbclid=IwY2xjawIGahVleHRuA2FlbQIxMAABHVDkwwXhIC1gajYrgpJwSLKatlITmeZDGFdVJ6DdZNaK6BUx4fzQ-BEbhQ_aem_vl4M20r9Mzt1ZRf6JIohTQ
Juruterbang itu sempat mengisytiharkan kecemasan sebelum nahas berlaku dan kini berada dalam keadaan stabil serta sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah fasiliti perubatan.
Kenyataan Tentera Udara AS menyebut bahawa kemalangan tersebut, yang berlaku pada awal petang Selasa, telah menyebabkan kerosakan besar pada pesawat berkenaan.
Pangkalan Udara Eielson terletak kira-kira 40 kilometer di selatan Fairbanks.
Townsend menegaskan bahawa pihak Tentera Udara akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengurangkan risiko kejadian serupa pada masa hadapan.
BACA: Pesawat Air Busan Terbakar Sebelum Berlepas, 176 Penumpang Diselamatkan
Untuk info, Pangkalan Udara Eielson dipilih pada tahun 2016 sebagai hab bagi 54 pesawat F-35.
Ini melibatkan projek pengembangan bernilai lebih setengah bilion dolar termasuk pembinaan 36 bangunan baharu serta puluhan unit kediaman.
Projek itu juga menyaksikan kemasukan kira-kira 3,500 anggota aktif bersama keluarga mereka.
Pesawat F-35 mampu terbang selama lebih 12 jam dalam satu misi dan boleh mencapai hampir ke mana-mana lokasi di Hemisfera Utara.
Sebelum ini, pada Mei lalu, sebuah F-35 yang dalam perjalanan dari Texas ke Pangkalan Udara Edwards di Los Angeles terhempas selepas singgah untuk mengisi minyak di New Mexico.
Juruterbang pesawat tersebut mengalami kecederaan serius.
Pada Oktober tahun lalu, siasatan Kor Marin mendapati seorang juruterbang F-35 bertindak keluar dari pesawat tanpa keperluan, menyebabkan pesawat itu terbang tanpa kawalan selama 11 minit sebelum terhempas di kawasan luar bandar Carolina Selatan.
BACA: Lebih 12 Pegawai Terlibat Siasatan Jenayah Trump Dipecat
BACA: Seorang Maut, Empat Cedera Ringan Ceroboh Landasan KTMB
Sumber: AP News