Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tumbuk Warga Emas Hingga Cedera, Polis Kesan Shamsul Atin
KUALA SELANGOR — Polis kini sedang mengesan seorang lelaki dipercayai menumbuk seorang wanita warga emas berusia 73 tahun dalam satu kejadian ceroboh rumah di Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan Selasa lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, suspek Shamsul Atin berusia, 34, beralamat terakhir di Lot 188, Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan.
Kata Azaharudin, pihak menerima laporan berhubung kes tersebut pada jam lebih kurang 5.50 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati suspek merupakan jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah mangsa.
“Semasa kejadian, mangsa yang tinggal seorang diri di rumah telah didatangi suspek yang masuk melalui pintu rumah yang terbuka lalu menerkam dan menumbuk mangsa.
“Semasa pergelutan berlaku, mangsa berjaya menjerit meminta bantuan menyebabkan suspek terus keluar dari rumah dan melarikan diri,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Azaharudin berkata mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk mendapatkan rawatan selepas meminta bantuan daripada jiran.
Warga emas itu disahkan mengalami kecederaan lebam di mata dan luka di bibir kiri akibat ditumbuk suspek.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 447/323 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek masih dijalankan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi.
Sumber: Polis Daerah Kuala Selangor