Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Nasi Goreng Kampung
Kredit: Andy Cooks
Tiada Kategori

Chef Terkenal New Zealand Iktiraf Nasi Goreng Malaysia Paling Sedap

Athirah

Chef Terkenal New Zealand Iktiraf Nasi Goreng Malaysia Paling Sedap

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kemajmukan masyarakatnya. Kepelbagaian bangsa ini menjadi negara kita sangat unik dan terkenal di seantero dunia.

Antara aspek yang begitu dikagumi tentang Malaysia adalah budaya kulinarinya yang memang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan seharian masyarakat setempat.

Makanan Malaysia dikatakan mempunyai identiti yang tersendiri terdiri daripada gabungan rasa, aroma dan tekstur yang lengkap serta menyelerakan.

Selain nasi lemak, laksa, roti canai, nasi kandar dan kuetiau, kita juga memiliki aneka nasi goreng yang boleh ditemui dijual di mana-mana sahaja.

Kita ada Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Mamak, Nasi Goreng Seafood dan pelbagi versi lagi.

Walaupun asasnya sama iaitu nasi goreng, namun setiap versi sebenarnya ada rasa tersendiri. Malah, lain kedai lain juga rasanya.

Chef New Zealand iktiraf Nasi Goreng Malaysia paling sedap

Baru-baru ini, seorang chef terkenal dari New Zealand telah melakukan uji rasa terhadap nasi goreng dari negara yang berbeza-beza.

Andy Cooks melaksanakan ujian rasa tersebut kepada beberapa bahagian dengan bahagian ketiga melibatkan Nasi Goreng Kampung (Malaysia), Arroz Chaufa (Peru) dan Cơm Chiên (Vietnam).

Menurut Andy, beliau mahu melihat sama ada tiga nasi goreng berkenaan lebih sedap daripada Nasi Goreng Korea dan Thailand yang menjadi pilihannya sebelum uji rasa bahagian ketiga itu dibuat.

Untuk itu, beliau menyediakan bahan-bahan untuk ketiga-tiga nasi goreng berkenaan berdasarkan resepi asli yang diperolehinya.

Beliau bermula dengan menyediakan Arroz Chaufa terlebih dahulu. Andy berkata, nasi goreng tersebut menggabungkan elemen masakan Cina dengan bahan-bahan tempatan dari Peru sendiri.

Seterusnya, beliau menyiapkan Nasi Goreng Kampung yang lengkap bersama telur mata kerbau. Hidangan tersebut dikatakan seimbang, mempunyai tahap kepedasan yang tepat dan disempurnakan dengan tekstur ikan bilis yang rangup.

Hidangan ketika pula, Andy menyediakan Cơm Chiên yang telah dimasak bersama bahan-bahan seperti puri tomato, bawang putih, mentega, isi daging ayam dan sebagainya.

Nasi Goreng Kampung unik, rasa enak bila ditambah telur mata kerbau

Setelah mencuba ketiga-tiga hidangan tersebut, beliau memberi keputusan bahawa Nasi Goreng Kampung sebagai yang terbaik dan rasanya sangat mengagumkan.

Menurut Andy, resepi Nasi Goreng Kampung itu menjadi lengkap dengan adanya telur mata kerbau. Lebih-lebih lagi apabila bahagian kuning telur dibiar separuh masak, meninggalkan rasa lemak berkrim dalam setiap suapan.

Beliau akhirnya membuat kesimpulan bahawa Nasi Goreng Kampung adalah pemenang dalam cabaran uji rasa itu kerana resepi dan rasanya lebih menyelerakan.

BACA: Unik, Syarikat Kren Tabur Bonus RM36 Juta Atas Meja Untuk Pekerja

Sumber: Andy cooks via Facebook