Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tengku Zafrul Kongsi 5 Fakta Menarik Tentang Timor-Leste
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini mencuri perhatian ramai menerusi satu klip videonya berkongsi fakta menarik mengenai negara Timor-Leste.
Dalam klip tersebut, beliau memberitahu bahawa negara itu mempunyai keistimewaan yang ramai belum tahu.

Negara pertama yang merdeka pada abad ke-21
Kongsinya, Timor-Leste merupakan negara pertama yang memperoleh merdeka pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2002.
Malaysia merupakan negara pertama mewujudkan hubungan dua hala antara negara itu dengan mewujudkan Pejabat Perhubungan di Dili, ibu negara Timor-Leste.
Bahasa rasmi
Selain itu, Timur-Leste merupakan satu-satunya negara yang menggunakan Bahasa Portugis sebagai bahasa kebangsaan di rantau Asia Tenggara.
Keunikan nama negara
Tahukah anda, nama perkataan Timor-Leste jika diterjemahkan membawa maksud kepada Timur-Timur.
Ini kerana perkataan Timor berasal daripada perkataan Melayu Timur, manakala perkataan Leste pula diambil daripada perkataan Portugis.
Kedua-dua perkataan ini sebenarnya merupakan satu perkataan yang membawa maksud yang sama.
Eksport negara
Di Timor-Leste, terdapat dua produk yang menjadi hasil eksport utama negara itu, petroleum dan kopi.
ASEAN
Sehingga kini, Timor-Leste telah membuat permohonan dalam usaha menjadi ahli anggota ASEAN.
Tambahnya, Malaysia yang juga pengerusi ASEAN 2025 akan membantu negara itu dalam memenuhi syarat-syarat keanggotaan ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut memberikan respon positif dengan video yang dikongsikannya.
Setakat artikel ini ditulis, video ini telah meraih lebih 130,000 tontonan dengan lebih 6,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen.
Sumber: TikTok @tzafrul_aziz