Bintang Veteran Squid Game Lee Joo Sil Meninggal Dunia
Pelak0n veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil dilapor meninggal dunia pada usia 81 tahun, lapor Astro Gempak.
Menerusi laporan CNA, Joo Sil meninggal dunia kerana menderita kanser di kediaman keluarganya di Uijeongbu.
Difahamkan, dia telah didiagnos kanser pada November tahun lalu.
“Sejak tiga bulan lalu kesihatannya merosot teruk selepas disahkan menghidap kanser,” ujar kenyataan yang diberikan kepada media.
Terdahulu, Joo Sil pernah memberitahu bahawa dia menghidap kanser payu dara tahap empat sekitar 30 tahun lalu dan doktor menjangkakan hayatnya hanya setahun.
Walau bagaimanapun, Joo Sil berjaya melawan kanser itu.
Joo Sil memulakan karier dalam industri hiburan pada 1965 dan menjadi salah seorang selebriti Korea Selatan yang terkenal sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.
Antara karya yang dibintangi olehnya termasuklah Squid Game dan Train to Busan.
Dalam siri Squid Game, Joo Sil memegang watak sebagai ibu kepada detektif Hwnag Joon Ho (Wi Ha Joon).
Sumber: Astro Gempak