Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Kuat Gegar Halmahera, Indonesia Awal Pagi Tadi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan berlaku gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 di Halmahera, Indonesia pada jam 5.35 pagi tadi.
Menerusi muat naik di laman X jabatan berkenaan, gempa bumi berkedalaman 97 kilometer itu berlaku pada jarak 207 kilometer Tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia.
“Pusat gempa bumi tersebut terletak 2.9 darjah Utara dan 128.0 darjah Timur,” maklum jabatan berkenaan.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia disebabkan gegaran gempa tersebut.

Sebelum itu, MetMalaysia turut melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Kepulauan Ryukyu, Jepun yang bermagnitud 5.2 pada jam 3.15 pagi. Gempa bumi berkedalaman 43 kilometer itu berlaku pada jarak 327 kilometer Selatan dari Kagoshima, Jepun.
“Pusat gempa bumi tersebut terletak pada 28.7 darjah Utara dan 130.9 darjah Timur,” tambah jabatan berkenaan menerusi muat naik yang lain.
Gempa bumi sederhana ini juga tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami terhadap Malaysia.