Siakap Keli
petugas kaunter kementerian
Kredit: Bernama

Pusingan Kerja Petugas Kaunter Semua Kementerian, Jabatan Kerajaan Bermula Hari Ini

Pusingan Kerja Petugas Kaunter Semua Kementerian, Jabatan Kerajaan Bermula Hari Ini

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan pelaksanaan inisiatif Pusingan Kerja Petugas Kaunter yang melibatkan kesemua kementerian bermula hari ini.

Menerusi siaran media yang dimuat naik di laman X jabatan berkenaan, inisiatif ini turut melibatkan jabatan-jabatan bawah kementerian masing-masing.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kemahiran petugas kaunter, memastikan kepelbagaian kemahiran kerja, serta memperkasa pengalaman pelanggan dengan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra,” maklum jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz turut menegaskan inisiaitif ini selari dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam.

“Ini bagi mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik dan responsif terhadap keperluan rakyat,” katanya.

BACA: Gempa Bumi Kuat Gegar Halmahera, Indonesia Awal Pagi Tadi

Menurut JPA lagi, pelaksanaan pusingan kerja itu melibatkan semua kementerian utama termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia.

Ia juga termasuk kementerian lain yang terlibat secara langsung dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“Melalui program ini, petugas kaunter akan diberikan latihan berkala dan pemantauan berterusan bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kerajaan yakin bahawa dengan pelaksanaan Pusingan Kerja Petugas Kaunter, perkhidmatan awam negara akan terus diperkukuh dan mampu memberikan pengalaman yang lebih baik kepada rakyat,” jelas jabatan itu lagi.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam 

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.