Siakap Keli
resipi donat buah naga
Kredit: unciii_777

Resipi Donat Buah Naga, Warna Asli Memikat Selera

Resipi Donat Buah Naga, Warna Asli Memikat Selera

Negara-negara di Asia Tenggara mempunyai pelbagai jenis kuih-muih yang memikat selera. Tidak hanya kuih tradisional, malah kuih ‘import’ turut diubah resipinya supaya kena dengan tekak kita. Kalau dahulu, kita hanya kenal kuih bahulu kosong, kini pelbagai jenis bahulu boleh didapati contohnya bahulu durian, bahulu coklat dan bahulu pandan.

Begitu juga dengan dodol. Selain daripada dodol bakul yang tidak mempunyai sebarang perasa tambahan, kini dodol durian dan dodol pandan turut boleh didapati, terutamanya ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara di hari raya.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok seorang warga Indonesia menghasilkan satu resipi baru bagi donat pula. Jika sebelum ini ramai peniaga yang mengubah suai donat dengan menyelitkan bahan seperti susu, atau meletakkan pelbagai jenis topping buatan sendiri, lelaki ini memilih untuk mengubah suai ramuan utama donat itu sendiri.

Kredit:

Pengguna TikTok yang dikenali dengan nama unciii_777 telah memuat naik resipi donat buah naga dengan warna merah jambu memikat.

Resipi donat ini bebas bahan pewarna dan perasa tambahan selain gula, garam dan susu tepung

Mari kita ikuti perkongsian resipi tersebut.

Bagi menghasilkan donat buah naga ini, anda perlukan sebiji buah naga bersaiz besar. Kupas kulitnya dan potong isi buah naga supaya mudah untuk anda lumatkan nanti.

Untuk pengetahuan anda, buah naga mempunyai tiga warna berbeza iaitu isi merah, isi putih dan kulit kuning. Buah naga isi merah merupakan buah naga paling manis dan mempunyai rasa tersendiri berbanding yang lain. Jadi, jangan tersilap pilih pula.

adunan donut
Kredit: unciii_777

Lumatkan isi buah naga sehingga tiada ketulan. Kemudian, taburkan sedikit ragi, gula, tepung gandum, susu tepung dan sebiji kuning telur. Untuk dapatkan sukatan, anda boleh rujuk resipi donat gebu.

 resipi donat buah naga
Kredit: unciii_777

Kacau adunan tadi sehingga sebati dan tiada ketulan tepung. Jika adunan sudah menjadi likat, uli menggunakan tangan. Setelah itu, masukkan mentega dan garam. Uli sekali lagi sehingga adunan sebati. Apabila selesai, tutup dengan kain dan biarkan doh rehat seketika pada suhu bilik.

 resipi donat buah naga
Kredit: unciii_777

Apabila doh menjadi lebih kurang dua kali ganda saiz asal, anda sudah boleh mula bentukkan doh menjadi bentuk donat. Pastikan donut tidak terlalu besar kerana doh akan mengembang apabila digoreng.

Tidak perlu tunggu lama. Anda boleh terus menggoreng donat tadi dan hidangkan panas-panas. Donat buah naga dengan warna merah asli memikat, siap. Selamat menjamu selera.

@unciii_777

Donat buah Naga

♬ nhạc nền – Vui Mỗi Ngày. – Vui Mỗi Ngày.

Sumber: unciii_777

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.