Siakap Keli
guru ajar seterika baju
Kredit: de.desul

Cikgu Ajar Murid Berdikari, Seterika & Lipat Baju Sendiri

Cikgu Ajar Murid Berdikari, Seterika & Lipat Baju Sendiri

Cuti sekolah yang panjang memberi peluang kepada setiap keluarga untuk meluangkan masa bersama. Sepanjang tempoh ini, adakah kemahiran anak-anak untuk berdikari bertambah atau tidak berubah? Adakah anak-anak turun padang membantu ibu kemas rumah? Atau paling kurang, sama-sama melipat pakaian yang bertimbun?

Jangan terkejut, di Indonesia, terdapat mata pelajaran yang khusus untuk mendidik anak-anak sejak usia kecil untuk berdikari.

Seorang guru yang dikenali sebagai Desul menggunakan latihan amali di dalam kelas dengan mendedahkan kepada anak muridnya penggunaan seterika dengan betul. Murid-murid yang masih setahun jagung ini diajar berdikari sebagai salah satu subjek di dalam kelas.

Menurut Desul, guru berperanan memastikan murid tahu penggunaan seterika dengan berhati-hati.

“Topik menjaga kebersihan pakaian fasa B. Bermula dari proses mencuci, menjemur, menyeterika dan melipat, mari kita jadikan pembelajaran lebih bermakna.

“Guru perlu menerangkan (kepada murid) tentang seterika perlu digunakan dengan berhati-hati supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan selamat,” ujarnya.

Menerusi video tersebut, guru itu dilihat menunjukkan demonstrasi penggunaan seterika pada gambar baju yang dilukis di papan hitam. Beliau juga menunjukkan demonstrasi dan penerangan secara mendalam cara untuk melipat seluar dengan kemas.

Menariknya, kanak-kanak di dalam kelas kelihatan tenang dan berhati-hati dalam mengendalikan seterika panas dengan bimbingan Desul. Malah, lipatan pakaian juga tampak kemas di penghujung video berdurasi 31 saat itu. Murid-murid juga kelihatan gembira melihat hasil kerja masing-masing.

Rupa-rupanya, sesi pembelajaran ini merupakan salah satu silibus bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Olahraga dan Kesihatan di sekolah berkenaan. Malah, di sekolah berkenaan, murid-murid diwajibkan membawa bekas makanan sendiri dan perlu dicuci setelah tamat waktu rehat.

“Harapan kami, selepas ini murid-murid mampu lebih berdikari dalam segala perkara,” ujar guru berkenaan di salah satu ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kewujudan subjek pembelajaran ini. Tidak kurang juga yang menyamakan pelajaran ini sejajar dengan pendidikan montessori.

“Macam ni lah, anak-anak diajar kemahiran hidup yang asas,”

“Bagus ni. Belajar perkara asas kehidupan, belajar berdikari bersama kawan-kawan dan ada gurunya, mesti lebih mengena dan diingat anak-anak,”

@de.desul

Materi menjaga kebersihan pakaian pada fase B. Dari rangkaian mencuci, menjemur, menyetrika dan melipat mari kita buat pembelajaran menjadi bermakna. Guru harus jelaskan alat setrika ini harus digunakan dengan hati-hati agar proses belajar berjalan dengan baik dan aman. #pjok #gurupjok #gurusd #CapCut

♬ 欢乐俏皮广告剧情-轻松愉快的下午 – 福林斯通

BACA: Pengantin Beri Salad Sebagai “Door Gift” Untuk Tetamu

Sumber: de.desul

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.