Siakap Keli
shmmp

KPDN Laksanakan 6007 Pemeriksaan Premis Perniagaan Sepanjang SHMMP Tahun Baharu Cina 2025

KPDN Laksanakan 6007 Pemeriksaan Premis Perniagaan Sepanjang SHMMP Tahun Baharu Cina 2025

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 telah berjaya dilaksanakan dari 25 Januari 2025 hingga 2 Februari 2024 bagi menstabilkan  harga barangan keperluan semasa musim perayaan. 

Skim ini telah dilaksanakan selama 9 hari iaitu 4 hari sebelum perayaan, 1 hari  semasa perayaan dan 4 hari selepas perayaan. Sebanyak 16 jenis barangan telah  dikawal di bawah SHMMP Tahun Baharu Cina 2025. 

Sepanjang pelaksanaannya, sebanyak 6007 pemeriksaan telah dijalankan ke atas  premis perniagaan di seluruh negara merangkumi 108 pemeriksaan ke atas premis  borong dan 5899 pemeriksaan ke atas premis runcit. Sepanjang tempoh kuat kuasa  skim, sebanyak 483 tindakan kes telah diambil terhadap peniaga yang ingkar. 

shmmp
Tindakan ini melibatkan sitaan bernilai RM21 942.85 membabitkan kesalahan gagal  meletakkan tanda harga dan gagal menggunakan tanda harga merah jambu. Tiada  sebarang kes membabitkan kesalahan menjual melebihi harga maksimum dikesan.  

Kementerian tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2025. Majoriti peniaga yang diperiksa komited serta mematuhi  perundangan harga maksimum yang berkuatkuasa sepanjang pelaksanaan skim ini. KPDN juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan  Keterjaminan Makanan serta agensi di bawahnya, pihak industri dan keseluruhan  peniaga atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2025. 

shmmp

Berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan KPDN serta maklum balas orang ramai, pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2025 telah berjalan dengan baik dan lancar.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: