Pertandingan ‘Unik’, Expo Kelantan Anjurkan Pertandingan Menangis
Umum mengetahui setiap individu dianugerahkan emosi dan perasaan untuk berasa gembira, sedih, menangis dan sebagainya.
Keistimewaan ini membolehkan seseorang menghayati kehidupan dengan lebih mendalam, menghubungkan diri dengan orang lain dan belajar dari setiap pengalaman.
Selain itu, emosi seperti gembira, sedih dan menangis bukan sahaja menunjukkan sisi kemanusiaan kita, namun turut memberikan makna dan tujuan dalam perjalanan hidup yang penuh berliku.
Pertandingan menangis di Kelantan raih perhatian orang ramai
Namun berbeza pula dengan situasi yang berlaku di acara ekspo apabila pihak penganjur mengadakan sebuah pertandingan menangis yang diadakan secara meriah di Pantai Irama, Bachok, Kelantan.
Untuk makluman, pertandingan menangis ini yang pertama diadakan di Malaysia, yang mana sebelum ini negara Indonesia pernah tular mengadakan pertandingan serupa.
Menerusi video yang dikongsikan oleh expo.kelantan.event di TikTok, dapat dilihat para peserta yang memasuki pertandingan berkenaan membuat mimik wajah sedih dan cuba mengeluarkan air mata demi memenangi pertandingan itu.
Difahamkan, pemenang dipilih mengikut kriteria-kriteria yang dipersetujui oleh pihak pengundi dan diberi hadiah berupa wang tunai.
Menerusi video yang berlainan, memaparkan pertandingan yang berlangsung turut diringi lagu sedih, di mana disertai oleh ramai golongan wanita dan segelintir para pemuda.
“Kalau aku try masuk ni, mesti tergelak”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi dan berpendapat bahawa ia merupakan satu hiburan unik, yang mana tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru.
Bagaimanapun, terdapat warga maya merasa kurang senang dengan pertandingan ini kerana meniru budaya negara jiran yang tidak berfaedah.
@expo.kelantan.event Terbaik semuanya‼️Pertandingan menangis‼️
♬ original sound – EXPO.KELANTAN.EVENT – EXPO.KELANTAN.EVENT
@expo.kelantan.event Pertandingan menangis jerik di Expo Kelate Pantai Irama Bachok malam ni‼️
♬ original sound – EXPO.KELANTAN.EVENT – EXPO.KELANTAN.EVENT
Pertandingan berkenaan dimenangi oleh peserta lelaki
Menurut media tempatan, pertandingan menangis pernah dianjurkan di Rhu Rehlah Pantai Bisikan Bayu Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pantai Irama Bachok.
Pihak penganjur memaklumkan kira-kira 25 peserta menyertai pertandingan tersebut yang bermula secara saringan di mana hanya empat sahaja yang layak ke pentas akhir.
Pertandingan tersebut dimenangi oleh peserta lelaki dari Wakaf Bharu, Tumpat yang berjaya membawa pulang RM500.
Difahamkan, langkah tersebut merupakan salah satu cara menghangatkan suasana ekspo selain menghargai peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada acara anjuran pihaknya.
BACA: AS Ambil Alih Gaza: Pendirian Malaysia Tidak Berubah Terhadap Palestin – PM Anwar
Sumber: expo.kelantan.event via TikTok