AS Ambil Alih Gaza: Pendirian Malaysia Tidak Berubah Terhadap Palestin – PM Anwar
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak berubah susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza.
“Kita sedang teliti kenyataan (Trump). Pendirian kita tidak berubah sepertimana pendirian negara-negara Islam yang lain, kita akan ulas kemudian,” kata Anwar ringkas kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas melancarkan dua jilid buku berjudul A Malik Bennabi Reader serta penubuhan International Institute of Futures Studies di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.
Media antarabangsa melaporkan Trump pada Selasa berikrar bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza yang musnah akibat peperangan selepas penduduk Palestin dipindahkan ke negara lain, dengan rancangan untuk membangunkannya secara ekonomi.
Langkah itu akan mengubah dasar AS terhadap konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad.
BACA: Sangka Hilang Ketika Berburu, Rupa-rupanya Bercuti Bersama Wanita Lain
BACA: Katak Betina Pura-pura Mati, Elak Mengawan Dengan Jantan Tak Disukai – Kajian
BACA: Garis Panduan Muslim Hadiri Majlis Perayaan Bukan Islam Dimuktamad Hujung Bulan Ini
BACA: Dilabel Banjir Terburuk Di Sarawak, Syarikat Ini Terawal Turun Padang Tapi Ini Yang Mereka Buat
Sumber: Bernama