Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Muslim hadiri Perayaan bukan Islam
Gambar: BERNAMA

Garis Panduan Muslim Hadiri Majlis Perayaan Bukan Islam Dimuktamad Hujung Bulan Ini

Hannah

Garis Panduan Muslim Hadiri Majlis Perayaan Bukan Islam Dimuktamad Hujung Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata garis panduan itu merangkumi penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan dan upacara kematian orang bukan Islam serta kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam.

“Garis panduan ini akan dimuktamadkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-126 yang dijadualkan pada 25 hingga 27 Feb ini,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) yang ingin tahu pendirian dan ketetapan kerajaan mengenai sambutan perayaan agama lain selain Islam di premis kerajaan yang turut melibatkan orang Islam yang perlu menjaga akidah dan pada masa sama memelihara perpaduan pelbagai kaum.

Mohd Na’im berkata garis panduan ini, antara lain, menggariskan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan yang tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam, seperti ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, penyebaran risalah dan ajaran agama lain.

BACA: Usaha Pencegahan PERKESO Diperluas, Kurangkan Kemalangan

“Persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam, pelaksanaan majlis dalam tempoh umat Islam melaksanakan ibadah seperti waktu azan, solat jemaah, khutbah dan solat Jumaat,” katanya.

Selain itu, Mohd Na’im berkata penganjur juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berautoriti dan perlu mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama Islam jika jemputan melibatkan pemimpin atau orang Islam sebelum majlis perayaan dilaksanakan.

Katanya garis panduan itu melengkapi Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-68 pada 12 April 2005 dan masih boleh dijadikan sebagai panduan.

Bagaimanapun, beliau berkata mana-mana perkara dalam garis panduan lama yang bertentangan dengan garis panduan baharu adalah tidak terpakai.

“Kerajaan sentiasa tegas dan berpendirian bahawa akidah umat Islam mestilah dijaga dan pada masa yang sama memelihara perpaduan pelbagai kaum dan agama dalam masyarakat Malaysia selari dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

BACA: Australia Haramkan Aplikasi DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

BACA: Pos Malaysia Melantik Sid Hart Sebagai Ketua Baharu Redly Express

Sumber: BERNAMA