Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Sultan Selangor Tegaskan Rumah Ibadat Perlu Dapat Kelulusan Sah & Ikut Garis Panduan
Setiap rumah ibadat di Selangor perlu dibina berdasarkan permohonan yang dibuat dan mendapat kelulusan sah daripada pihak kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mengikut segala perundangan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Itu yang ditegaskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, pendirian tegas kerajaan Persekutuan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri adalah selari dengan prinsip dan pendekatan yang sentiasa ditekankan oleh Baginda.
Setiap pembangunan yang dijalankan adalah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa dan tadbir urus yang baik.
"Sultan Selangor juga telah disembah maklum oleh Kerajaan Negeri Selangor berhubung statistik pembinaan kuil Hindu tanpa kebenaran di Negeri Selangor sehingga 31 Januari 2026 iaitu sebanyak 687 buah kuil.
"Ini membabitkan 388 buah kuil yang dibina di tanah milik Kerajaan dan 299 buah kuil dibina di atas tanah milik persendirian.
"Jumlah kuil tanpa kebenaran ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan populasi masyarakat India beragama Hindu sekitar lebih kurang 11.3% di Negeri Selangor," katanya.
Baginda turut menitahkan bahawa aspek pemantauan juga perlu sentiasa dilakukan oleh pihak berkuasa agar pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran di tanah-tanah kerajaan dan tanah persendirian dapat dibanteras dan dikawal.
"Sultan Selangor menegaskan agar isu pembinaan kuil tanpa kebenaran ini dapat dihentikan dan dimuktamadkan kerana ia menimbulkan keresahan kepada semua pihak sejak sekian lama dan telah menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat," katanya.