Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Sultan Selangor Tidak Berkenan Penternakan Babi Dijalankan Di Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor.
Menerusi hantaran Selangor Royal Official di laman Instagram, Baginda menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyarankan Kerajaan Negeri Selangor untuk membatalkan projek ternakan babi berskala besar di Bukit Tagar daerah Hulu Selangor.
Isu berkenaan telah dibincangkan oleh Perdana Menteri ketika menghadap Baginda pada 8 Februari 2026.
Dalam kenyataan tersebut, Perdana Menteri tidak bersetuju penternakan babi dibuat di kawasan yang dibantah oleh penduduk tempatan dan boleh menimbulkan kontroversi.
Beliau turut menyarankan agar projek tersebut tidak perlu dijalankan sekiranya tiada kawasan yang bersesuaian untuk menternak babi di Selangor.
Menurut kenyataan Istana Alam Shah, penternakan babi boleh menyebabkan pencemaran sumber air sungai akibat pelepasan najis dan sisa kumbahan babi.
Cadangan penternakan babi di Bukit Tagar, Hulu Selangor pasti menerima bantahan penduduk Melayu di kawasan berkenaan dan persekitarannya berikutan lokasi tersebut merupakan kawasan pendudukan orang Melayu dan kawasan Felda.
Emas, Perak Milik Hawra Naaila Di Luncur Ais Terbuka Indonesia 2026Kenyataan itu memaklumkan, projek berkenaan juga boleh mengakibatkan pencemaran terhadap kawasan tadahan air dan juga sungai yang membekalkan sumber air bersih kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Dalam hal ini, walaupun pencemaran udara dan sungai boleh diatasi dengan kaedah penternakan moden, ianya memerlukan perbelanjaan yang besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh mana-mana pihak yang menternak hanya untuk bekalan daging babi di negeri Selangor sahaja.
"Tambahan lagi, tiada jaminan bahawa penternakan moden tidak akan menyebabkan pencemaran air di kawasan tadahan air serta sungai yang menjadi punca air bersih kepada penduduk di Lembah Klang.
Susulan itu, Baginda menyarankan agar pihak kerajaan dapat memberi lesen untuk pengimportan daging babi bagi menampung permintaan dan keperluan orang bukan Islam, khususnya kaum Cina di Negeri Selangor sahaja.
"Dengan kaedah ini, ia bukan sahaja dapat menyelesaikan isu penternakan babi yang sudah lama berlaku, malah dalam masa yang sama Kerajaan Negeri boleh mengoptimumkan penggunaan tanah Negeri Selangor bagi tujuan lain seperti pembangunan dan penempatan," menurut kenyataan tersebut.
Sehubungan dengan itu, Sultan Sharafuddin menegaskan supaya isu penternakan babi ini dapat dihentikan dan dimuktamadkan berikutan menimbulkan keresahan semua pihak serta menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat.
"Oleh itu, semua pihak diseru untuk menghormati titah Baginda dan bersama-sama menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat di negeri ini," menurut kenyataan Istana Alam Shah.