Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

"Kos RM1 Jumpa Doktor," Wanita Kongsi Cara Jimat Buat Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan berkala penting untuk mengesan penyakit lebih awal sebelum menjadi bertambah teruk tanpa kita sedari.
Ramai hanya mendapatkan rawatan apabila simptom semakin serius, sedangkan langkah pencegahan merupakan inisiatif awal yang lebih berkesan dan menjimatkan.
Amalan ini bukan sahaja membantu memantau tahap kesihatan secara menyeluruh, malah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup.
Berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi yang dijalankan pada tahun 2023 mendapati, 34.6 peratus rakyat Malaysia tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 12 bulan lepas.
Hakikatnya, tidak semua golongan mampu menanggung kos pemeriksaan yang ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.
Jangan risau, sebenarnya ada cara jimat untuk lakukan saringan kesihatan.
Menurut seorang pengguna Thread, Nina Salleh, kos yang dikenakan untuk berjumpa doktor hanya RM1. RM1 sekali lagi dikenakan untuk melihat keputusan ujian darah.
Inisiatif ini sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh kerajaan bagi membolehkan semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada fasiliti kesihatan secara menyeluruh.
Berikut SK kongsikan cara membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan menurut Nina.
Pertama sekali, log masuk aplikasi MySejahtera. Bagi yang belum ada, muat turun aplikasi ini menerusi platform yang sah seperti Google Play bagi pengguna peranti Android atau App Store untuk pengguna iPhone.
Pilih "Appoinment".

Tekan pada nama individu yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan.
Kemudian, pilih "National Health Screening Initiative (NHSI)"

Selepas itu, anda akan diminta untuk memilih klinik kesihatan yang anda inginkan. Kebiasaannya, pilihan klinik kesihatan yang dipaparkan menunjukkan klinik berdekatan dengan lokasi semasa anda. Pastikan anda memilih klinik yang menawarkan perkhidmatan mengikut keperluan.

Pilih tarikh dan waktu untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Selesai
Menurut Nina, jika hadir awal sekitar jam 10 pagi, anda boleh terus membuat ujian darah. Ujian ini hanya boleh dilakukan jika anda tidak lagi mengambil sebarang makanan selepas jam 10 malam.
"Selain daripada ujian darah, ECG, ujian air kencing, papsmear pun boleh buat," tambah wanita itu lagi.
Semoga bermanfaat.