Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
bantal bulu angsa
Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX

Jadi Pilihan Hotel Mewah, Ini Sebab Bantal Bulu Angsa Lebih Gebu

Azizah Najib

Ramai antara kita mengejar tidur yang nyenyak. Pelbagai jenis bantal dicuba, semata-mata untuk mencari keselesaan terbaik.

Namun, di sebalik usaha mencari bantal yang benar-benar gebu, tidak ramai yang tahu bahan sebenar yang menentukan keselesaan tersebut.

Ramai menyangka semua jenis bulu dapat memberikan kesan gebu. Hakikatnya, hanya bulu tertentu sahaja yang dapat menjadikan bantal gebu, iaitu bulu kapas angsa.

Bulu ini tidak mempunyai batang kalamus yang keras seperti bulu pelepah biasa. Lembut, ringan dan mempunyai struktur tiga dimensi yang unik menjadi sebab utama bulu kapas dipilih untuk digunakan dalam bantal dan duvet di hotel mewah.

Ciri utama bulu kapas angsa

Bulu kapas angsa mempunyai beberapa ciri unik yang membezakan bulu ini daripada bulu biasa.

Antara perbezaan ketara merupakan sifatnya yang sangat ringan walaupun nampak tebal. Bulu ini juga dapat memberi kehangatan serta mempunyai ruang angin yang membuka laluan untuk wap lembapan keluar dengan mengekalkan haba.

Bulu kapas angsa bersifat anjal dan boleh kembali ke bentuk asal. Disebabkan ini, bantal tidak akan mudah mendap jika dijaga dengan betul.

bantal gebu bulu angsa
Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX

Perbandingan ringkas bulu itik dan bulu angsa

Biarpun kedua bulu ini dalam kategori "down", namun bulu itik dan bulu angsa mempunyai beberapa perbezaan yang dapat dikesan.

Bulu angsa mempunyai kelompok bulu kapas lebih besar, membolehkan lebih banyak udara terperangkap. Manakala bulu itik pula mempunyai kelompok yang lebih kecil. Bulu itik masih berfungsi dengan baik tetapi kurang gebu berbanding bulu angsa.

Dari segi kos pula, bulu itik lebih murah berbanding bulu angsa yang mempunyai pengeluaran lebih terhad.

Sesetengah bulu itik turut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika tidak dirawat dengan sempurna sedangkan bulu angsa jarang berbau.

Bagaimana bulu angsa jadikan bantal lebih gebu?

Rahsia utama persoalan ini terletak pada saiz dan struktur kelompok bulu kapas angsa.

Kelompok bulu kapas angsa lebih besar dan lebih matang. Struktur ini memerangkap udara dengan lebih cekap. Apabila udara lebih banyak terperangkap, bantal akan menjadi lebih gebu.

Dalam masa yang sama, bantal tidak akan menjadi berat apabila menggunakan bulu kapas angsa.

Selain itu, bulu kapas angsa juga lebih tahan mampatan. Selepas ditekan, ia akan mudah mengembang semula.

Kesemua sebab ini menjadikan bulu kapas angsa sering digunakan untuk produk premium.

Cara penjagaan bantal bulu angsa

Penjagaan yang betul sememangnya penting supaya dapat mengekalkan kebersihan dan ketahanan bantal.

Bulu kapas angsa yang kotor berisiko menyebabkan kelemumur, hama habuk dan masalah bau, seterusnya menyebabkan alahan.

Pastikan bantal sentiasa dalam keadaan yang kering. Kelembapan boleh menyebabkan bau dan gumpalan.

Anda juga perlu menggunakan sarung bantal yang berkualiti dan menukarnya secara berkala. Tindakan ini dapat membantu mengurangkan pengumpulan habuk.

Bantal pula perlu dibasuh mengikut arahan pengeluar. Pencucian yang betul dapat mengekalkan struktur bulu kapas.

Elakkan daripada menyimpan bantal di tempat yang lembap. Persekitaran yang kering dapat membantu mengekalkan kualiti bulu angsa.

Trivia

Bukan semua bantal menggunakan bulu kapas angsa sepenuhnya. Ada yang merupakan campuran bulu kapas dan bulu pelepah.