Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Kualiti udara merupakan antara elemen penting yang sering terlepas pandang dalam menilai tahap kehidupan di sesebuah bandar. Udara yang bersih memberi kesan langsung kepada kesihatan, produktiviti dan kesejahteraan manusia.
Pendedahan berpanjangan kepada udara tercemar mampu meningkatkan risiko penyakit pernafasan.
Secara umum, kualiti udara ditentukan oleh pelbagai faktor seperti kepadatan kenderaan, aktiviti industri, perancangan bandar serta keadaan cuaca.
Berikutan itu, pelbagai usaha dilaksanakan di Malaysia bagi mengekalkan kelestarian alam terutamanya di kawasan bandar. Kaki-kaki lima dan kebanyakan jalan sudah lama dihiasi dengan tumbuhan hijau.
Bukan itu sahaja, usaha ini turut dikembangkan di taman-taman perumahan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
Tidak disangka, perkara sebegini turut menjadi bualan warga asing yang berada di Malaysia.
"Ada satu kualiti Kuala Lumpur yang jarang diketengahkan. Kualiti udara yang kekal baik sepanjang tahun, tidak dapat dibandingkan dengan Bangkok yang berada berdekatan serta destinasi lain di Asia Tenggara.
"Di Poland, kami mempunyai masalah kualiti udara yang sangat teruk selama berdekad. Saya suka sangat bernafas dengan bebas di ibu kota Malaysia," puji seorang warga asing.
Perkongsian tersebut di muat naik oleh seorang pengguna Thread, @nerontour yang melontarkan pandangannya berkenaan kualiti udara di Kuala Lumpur.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang turut bersetuju, malah mencadangkan lelaki itu untuk merasai pula pengalaman menghirup udara di kawasan pinggir bandar.
"Udara lebih baik di kawasan pinggir bandar yang ada pelbagai jenis pokok dan taman. Malaysia berada di salah satu laluan migrasi burung, awak boleh buat aktiviti memerhati burung sepanjang hari. Lagi baik bila bunga mekar di pokok hutan hujan tropika kami," kongsi seorang warga maya.
"Mungkin sebab Malaysia sentiasa hujan waktu tengah hari, hujan bersihkan udara tu," ulas seorang lagi.
"Saya selalu duduk luar waktu malam, perhatikan bintang dan bulan dekat PJ. Lebih menyenangkan bila ada angin sepoi-sepoi," kata yang lain.