Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
malaysia jadi negara tua
Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX
Ini Yang Akan Berlaku Bila Malaysia Jadi Negara Tua

Azizah Najib

Malaysia jadi negara tua bukan sekadar perubahan demografi, sebaliknya membawa pelbagai cabaran yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

Fenomena penduduk menua kini menjadi cabaran global. Menjelang pertengahan 2030-an, seramai 265 juta individu di dunia dijangka berusia 80 tahun dan ke atas.

Pada masa yang sama, satu daripada enam penduduk dunia akan berusia 60 tahun ke atas. Perubahan ini bukan sekadar statistik, sebaliknya memberi kesan terhadap kehidupan seharian masyarakat.

Penduduk Malaysia juga tidak terkecuali.

Malaysia jadi negara tua, cabaran yang semakin ketara

Statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan 14 peratus daripada keseluruhan penduduk dijangka berusia 65 tahun dan ke atas menjelang 2048.

Malah, Malaysia sebenarnya secara rasmi sudah berstatus negara menua sejak tahun 2021. Tempoh peralihan sekitar 20 tahun menjadikan Malaysia antara negara terpantas mencapai status tersebut, sekali gus mendedahkan pelbagai cabaran struktur yang semakin ketara.

Sektor pekerjaan

Apabila Malaysia menjadi negara tua, sektor pekerjaan berdepan risiko kekurangan tenaga kerja mahir.

Pertumbuhan penduduk yang perlahan menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja produktif, terutamanya dalam sektor yang memerlukan kemahiran teknikal dan fizikal.

Peningkatan umur persaraan pula membawa cabaran baharu. Pekerja berusia sering berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan teknologi yang berkembang pantas.

Dalam pada itu, majikan turut berdepan isu keselamatan, produktiviti dan prestasi dalam kalangan pekerja berusia.

Jaminan pendapatan

Isu jaminan pendapatan menjadi antara cabaran paling kritikal dalam negara menua. Peningkatan inflasi dan kos sara hidup berkemungkinan memberi tekanan besar kepada golongan berusia, khususnya selepas bersara.

Kajian oleh World Bank menunjukkan hampir 75 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan kurang daripada RM250,000 pada usia 54 tahun.

Jumlah ini dianggarkan hanya sekitar RM1,050 pendapatan bulanan bagi pesara. Angka tersebut lebih rendah berbanding gaji minimum yang ditetapkan kerajaan.

Penjagaan di usia tua

Pertambahan populasi warga emas diajngka memberi kesan besar kepada sistem kesihatan pada masa hadapan. Peningkatan penyakit degeneratif seperti demensia merupakan antara isu utama yang dikaitkan dengan penuaan penduduk.

Menjelang tahun 2030, jumlah warga emas yang menghidap demensia dianggarkan meningkat kepada 353,000 kes. Angka tersebut dijangka terus meningkat kepada 668,000 kes menjelang tahun 2050.

Melihat sejarah dalam tempoh 25 tahun, kos penjagaan kesihatan diunjurkan meningkat dengan ketara, daripada RM8.3 bilion pada tahun 1995 kepada RM88.4 bilion pada tahun 2020.