Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Emas, Perak Milik Hawra Naaila Di Luncur Ais Terbuka Indonesia 2026
Indonesia -- Atlet cilik, Hawra Naaila Khairul Shazwali mencipta pencapaian membanggakan apabila meraih satu pingat Emas dan dua pingat Perak di Sukan Luncur Air Terbuka Indonesia yang berlangsung pada 6 hingga 8 Februari lalu.
Atlet berusia 11 tahun itu meraih pingat Emas menerusi kategori artistik, sekali gus membuktikan kematangan persembagan biarpun bersaing dengan peserta dari pelbagai negara.
Hawra Naaila turut menambah koleksi pingat peribadinya apabila memenangi pingat Perak dalam kategori luncur ais bebas terbuka, hasil persembahan konsisten sepanjang acara berlangsung.
Atlet cilik itu kembali menaiki podium selepas meraih pingat Perak dalam kategori luncur ais bebas, menjadikan keseluruhan tiga pingat yang berjaya dibawa pulang.
Kejohanan yang berlangsung di Bintaro Jaya Xchange Ice Skating Rink di Tangerang Selatan itu menjadi pentas antarabangsa buat atlet muda berkenaan mengasah pengalaman kompetitif.
Pencapaian Hawra Naaila dalam ketiga-tiga kategori tersebut mencerminkan potensi besar atlet luncur ais cilik ini di peringkat antarabangsa, khususnya dalam acara berbentuk artistik dan bebas.
Kejayaan berkenaan turut menyerlahkan perkembangan sukan luncur ais negara apabila atlet seawal usia 11 tahun sudah mampu bersaing dan meraih pingat dalam kejohanan antarabangsa.