Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
perkeso
Tiada Kategori

Usaha Pencegahan PERKESO Diperluas, Kurangkan Kemalangan

Nurul Naqiyah

Usaha Pencegahan PERKESO Diperluas, Kurangkan Kemalangan

BANGI – Usaha pencegahan kemalangan kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diperluas, membabitkan 7,000 majikan yang dikenal pasti merekodkan kes tertinggi dalam pelbagai insiden bencana kerja, tahun lalu.

Lonjakan 25.4 peratus berbanding 5,582 majikan yang terbabit dalam Ops Cegah 2024 adalah demi memastikan pendekatan ‘Vision Zero’ atau ‘Sifar Kemalangan’ berupaya diterapkan di semua premis majikan dan semasa perjalanan ke tempat kerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, berkata ops pada tahun ini akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan rakan strategik seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

“Secara keseluruhan, kes kemalangan yang dilaporkan dan disahkan PERKESO sebagai bencana kerja merekodkan penyusutan 2.4 peratus kepada 66,574 kes pada tahun lalu, berbanding 68,220 kes pada 2023.

“Daripada perangkaan ini, kemalangan perjalanan yang dilaporkan dan disahkan PERKESO sedikit meningkat kepada 33,638 kes pada 2024 jika dibandingkan dengan 33,181 kes, tahun sebelumnya.

perkeso

“Bagaimanapun, kadar kemalangan bagi setiap 1,000 Orang Berinsurans (OB) menunjukkan penurunan 8.9 peratus bagi kemalangan industri dan 1.8 peratus untuk kes semasa perjalanan dalam tempoh sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Konvensyen Pencegahan Kemalangan 2025 (Cegah 2025) anjuran PERKESO, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia, Sutekno Ahmad Belon; Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ir Mohd Hatta Zakaria.

Menyentuh mengenai penganjuran konvensyen, Abdul Rahman memaklumkan bahawa lebih 500 peserta yang terdiri daripada wakil majikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi terlibat dalam program kali ini.

”PERKESO sentiasa menyokong program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dan pelaksanaan Ops Cegah, dengan memfokuskan kepada majikan yang merekodkan kadar kemalangan tertinggi demi menjamin keberkesanan aspek pencegahan di tempat kerja.

“Setakat ini, 675 program KKP diluluskan PERKESO untuk dilaksanakan 35 NGO dan institusi, dengan peruntukan RM4.01 juta pada tahun ini,” katanya.