Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Australia Haramkan DeepSeek kerajaan
Gambar: AFP

Australia Haramkan Aplikasi DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

Iqbal Yasir

Australia Haramkan Aplikasi DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

SYDNEY — Australia telah mengharamkan penggunaan DeepSeek di semua peranti kerajaan atas nasihat agensi keselamatan pada hari ini, dengan alasan risiko privasi dan perisian hasad yang dibawa oleh program AI terkemuka dari China, lapor AFP

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri, Stephanie Fosters selepas Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia mengeluarkan arahan rasmi kepada semua kakitangan kerajaan pada Selasa (semalam).

“Selepas menilai ancaman dan risiko, saya telah menentukan bahawa penggunaan produk, aplikasi dan perkhidmatan web DeepSeek menimbulkan tahap risiko keselamatan yang tidak dapat diterima kepada Kerajaan Australia,” katanya.

Tambah Stephanie, semua entiti persekutuan bukan korporat diwajibkan untuk mengenal pasti dan menghapuskan sebarang penggunaan DeepSeek dalam sistem kerajaan dan peranti mudah alih.

Arahan itu juga mewajibkan agar akses, penggunaan atau pemasangan produk DeepSeek dihalang sepenuhnya dalam sistem kerajaan.

Langkah ini juga mendapat sokongan bipartisan dalam kalangan ahli politik Australia.

BACA: Dilabel Banjir Terburuk Di Sarawak, Syarikat Ini Terawal Turun Padang Tapi Ini Yang Mereka Buat

Jurucakap Keselamatan Siber Australia, Andrew Charlton turut menyatakan kerisauan mengenai aplikasi berkenaan.

“Tindakan ini diambil berdasarkan nasihat agensi keselamatan dan ia bukan sekadar simbolik.

“Kami tidak mahu sistem kerajaan terdedah kepada aplikasi ini,” katanya

Tambahnya, risiko utama termasuk kemungkinan bahawa maklumat yang dimuat naik tidak dijamin kekal sebagai maklumat peribadi dan aplikasi seperti DeepSeek mungkin mendedahkan pengguna kepada perisian hasad (malware).

Walau bagaimanapun, ketua pembangkang, Sussan Ley, menasihatkan orang ramai agar mempertimbangkan untuk menghapuskan DeepSeek daripada telefon dan komputer peribadi mereka.

DeepSeek

DeepSeek, yang dibangunkan oleh sebuah syarikat pemula China, telah mengejutkan industri teknologi dan menggoncang pasaran kewangan sejak dilancarkan bulan lalu.

Kebimbangan terhadap keselamatan dan pengurusan data aplikasi ini semakin meningkat, dengan beberapa negara seperti Korea Selatan, Itali, dan Perancis turut menyuarakan kebimbangan mereka.

Ia selepas chatbot R1 mereka didakwa mampu menandingi teknologi AI terkemuka dari Amerika Syarikat, tetapi dengan kos yang jauh lebih rendah.

Perkembangan ini mencetuskan kegelisahan di Silicon Valley, dengan beberapa pakar menyatakan bahawa DeepSeek mungkin telah menggunakan teknik kejuruteraan balikan (reverse engineering) terhadap teknologi AI AS seperti yang menggerakkan ChatGPT.

Sumber: AFP via France24

BACA: Mat Saleh ‘Rindu’ F1 Dikembalikan Di Litar Sepang