Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Jarang Berlaku, Orang Ramai Kongsi Keindahan Fenomena Aurora Di Australia
Ribut geomagnetik paling kuat dalam tempoh dua dekad telah menghasilkan pemandangan aurora yang menakjubkan dari Tasmania hingga ke kawasan tenggara Queensland di Australia.
Fenomena ini bermula pada jam 10 malam pada Selasa dan berlarutan hingga ke awal pagi Rabu.
Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kejadian luar biasa yang jarang berlaku ini.
"Fenomena ini merupakan perkara yang luar biasa apabila aurora dapat dilihat oleh orang ramai di begitu banyak lokasi.
"Menjelang 11 tahun akan datang, ia akan mula reda selama beberapa tahun sebelum kembali 'bangkit'," ujar seorang ahli astrofizik dari Universiti Teknologi Swinburne, Dr Sara Webb.
Amaran ribut geomagnet yang teruk itu menyebabkan ramai keluar ke halaman belakang rumah mereka untuk menyaksikan keindahan alam tersebut.
Malah, ada yang turut berkongsi beberapa rakaman video dan gambar di laman sosial mereka.

Wakil dari Aurora Australis turut memberitahu ABC Radio Hobart bahawa ribut geomagnetik itu bergerak dengan sangat pantas, dengan letupan jisim korona (coronal mass ejection) yang hanya mengambil masa 24 jam untuk tiba di Bumi.
"Jadi apabila ia begitu kuat, ini menunjukkan bahawa Matahari berada pada kemuncak kitaran suria, di mana kita menyaksikan kekerapan yang tinggi untuk kejadian sebegini berlaku," ujar Rebecca Allen yang juga ahli astrofizik dari Universiti Teknologi Swinburne.
Ribut geomagnetik ini juga berlaku apabila letupan suria (solar flare) melepaskan tenaga dan zarah bermuatan yang bergabung dengan atmosfera di Bumi.
"Disebabkan fasa aktif Matahari yang berpanjangan ini, kita dapat melihatnya walaupun ia sebenarnya berlaku setiap 11 tahun," tambah Allen lagi.