Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
“Child Reminder” Pada Aplikasi Waze
Gambar: Media Selangor & Aiman Psikologi via X
Mudah Je, Ini Cara Set “Child Reminder” Pada Aplikasi Waze

Iqbal Yasir

Mudah Je, Ini Cara Set “Child Reminder” Pada Aplikasi Waze

Tiada ibu bapa yang sengaja mahu meninggalkan anak di dalam kereta.

Setiap ibu dan bapa pastinya ingin memastikan keselamatan serta kebajikan anak mereka sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian.

Namun, dalam realiti kehidupan moden penuh tekanan ini, adakalanya seseorang dibelengggu kepenatan melampau akibat rutin harian, beban kerja, serta tanggungjawab.

Ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi alpa tanpa disedari, walaupun pada asalnya niat adalah untuk melakukan yang terbaik buat keluarga.

Sehubungan itu, SK kongsikan salah satu cara bagi membantu para ibu bapa atau penjaga untuk mengelakkan daripada terlupa dan tertinggal anak dalam kereta, iaitu notifikasi Child Reminder dalam aplikasi Waze.

Cara Set Child Reminder Pada Waze

Sebut tentang aplikasi navigasi Waze, sudah tentu ramai cukup sinonim dengan aplikasi yang satu ini.

Waze berfungsi sebagai aplikasi navigasi yang membantu pengguna jalan raya mendapatkan panduan arah yang tepat dan efisien menuju destinasi yang dituju

Namun tahukah anda, aplikasi ini juga menyokong sistem Child Reminder yang boleh memberikan peringatan kepada ibu bapa sekiranya terlupa atau tertinggal anak di dalam kereta.

Cara set, mudah je;

Pertama sekali, anda perlu mempunyai aplikasi Waze. Sekiranya tiada, boleh muat turun di store telefon pintar anda.

Kemudian, tekan butang Menu yang terletak pada bahagian kiri atas pada paparan peta Waze. 

Pilih Settings dan tatal skrin sehingga anda ternampak pilihan ‘Reminder‘.

Sebaik sahaja menjumpai pilihan tersebut, klik pada Reminder dan kemudian, Waze akan menunjukkan status pengaktifan ‘Child Reminder‘ pada peranti anda.

Jika anda tidak pernah mengaktifkan peringatan ini, Child Reminder akan berada dalam keadaan off. Aktifkan Child Reminder pada bahagian tersebut dan anda boleh menetapkan mesej custom untuk peringatan.

Anda boleh letakkan mesej seperti: “Cuba periksa, ada anak tak dekat belakang “, ”Tadi ada bawa anak,” dan sebagainya.

Cara ini setidaknya dapat membantu mengelakkan sebarang kes yang tidak diingini berlaku.

Semoga bermanfaat. Untuk lebih penjelasan boleh tonton video di bawah.