Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Hanya Guna 3 Bahan Je, Wanita Kongsi Tip Elak Habuk Mudah Melekat Pada Perabot Rumah
Memiliki rumah yang cantik dan bersih merupakan impian setiap orang.
Selain menyerikan ruang kediaman, rumah yang bersih juga menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik kerana udara di dalamnya segar dan bebas pencemaran.
Sebaliknya, rumah yang kotor bukan sahaja membuatkan pemiliknya rasa serabut, malah tetamu juga akan merasa kurang selesa.
Oleh itu, menjaga kebersihan rumah adalah sangat penting. Salah satu punca utama rumah menjadi kotor ialah habuk.
Walaupun kita sudah membersihkan rumah, habuk boleh muncul semula hanya dalam masa sehari.
Seorang pengguna TikTok berkongsi cara untuk mengelakkan habuk mudah melekat pada permukaan perabot.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @fie_azman, wanita tersebut hanya menggunakan tiga bahan mudah didapati untuk menghasilkan penyelesaian semula jadi yang menjadikan ruang kediaman lebih bersih dan bebas habuk.
"Adakala memang terasa stres apabila lepas lap rumah, esoknya habuk dan debu sudah kembali
"Anda boleh cuba beberapa cara untuk mengurangkan habuk pada perabot supaya ia kekal lebih lama bersih dan bebas debu," ujarnya di ruangan kapsyen.

Menurut @fie_azman, antara bahan yang diperlukan ialah satu cawan air paip, dua sudu besar cuka makan dan satu sudu besar minyak zaitun.
Sebagai bahan tambahan, wanita berkenaan turut digunakan dua sudu besar cecair pencuci pinggan. Kemudian, kacau campuran tersebut sehingga semua bahan sebati.
Selepas itu, sediakan satu botol penyembur dan tuangkan campuran tadi ke dalamnya.
Dapat dilihat @fie_azman menyemburkan campuran tersebut pada meja kabinet televisyen sebelum mengelapnya menggunakan tisu kering.

Wanita itu turut menunjukkan habuk yang melekat pada permukaan tisu selepas proses mengelap dilakukan.
"Guna kain mikrofiber lagi bagus untuk lap perabot," katanya lagi.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.