Siakap Keli
kata pura-pura mati mengawan
Gambar: AFP

Katak Betina Pura-pura Mati, Elak Mengawan Dengan Jantan Tak Disukai – Kajian

Katak Betina Pura-pura Mati, Elak Mengawan Dengan Jantan Tak Disukai – Kajian

Katak betina spesis biasa Eropah didapati mengambil pendekatan luar biasa termasuk berpura-pura mati untuk mengelak daripada mengawan dengan katak jantan tertentu.

Perkara berkenaan didedahkan melalui satu kajian yang diterbitkan di Royal Society Publishing pada 2023.

Menurut kajian berkenaan, pendekatan yang diambil oleh katak betina itu dikenali sebagi tonic immobility, antaranya bagi mengelak tindakan agresif katak jantan semasa musim mengawan.

Katak betina pura-pura mati, elak mengawan dengan katak jantan

Tindakan agresif katak jantan  semasa musim mengawan didapati amat berisiko kepada katak betina.

Semasa musim mengawan, beberapa ekor katak jantan dikatakan didapati berebut untuk memanjat belakang katak betina dalam satu-satu masa.

Keadaan ini boleh menyebabkan katak betina menjadi stress dan kematian juga boleh berlaku.

Ada tiga tingkah laku yang diperhatikan oleh penyelidik

Menerusi kajian yang dibuat, penyelidik mendapati terdapat sekurang-kurangnya tiga pendekatan yang diambil oleh katak betina untuk menghadapi musim mengawan yang agresif iaitu:

  • Memusingkan badan ketika mengawan dengan jantan lain.
  • Mengeluarkan suara atau panggilan tertentu.
  • Menggunakan taktik tonic immobility apabila didekati katak jantan, yang boleh berlangsung beberapa jam.

Semua tingkah laku ini diperhatikan ketika katak tersebut berada di dalam air. Namun, penyelidik juga berjaya mengesan taktik tonic immobility turut digunakan di persekitaran hutan.

Menurut kajian itu lagi, tingkah laku tersebut dikaitkan secara signifikan dengan katak betina yang bersaiz lebih kecil, yang mana didapati lebih berjaya membantu katak tersebut melepaskan diri daripada cubaan mengawan.

BACA: Terus Menjunam, Pesawat Terhempas Dekat Pusat Beli-Belah Di Amerika

Sumber: USA Today, Royal Society Publishing

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.