Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Pesawat Ringan Terhempas
Kredit: NewsWire via X

Terus Menjunam, Pesawat Terhempas Dekat Pusat Beli-Belah Di Amerika

Athirah

Terus Menjunam, Pesawat Terhempas Dekat Pusat Beli-Belah Di Amerika

Sebuah pesawat ringan dilapor terhempas berhampiran Roosevelt Mall di Philadelphia, kira-kira jam 6.30 petang (waktu tempatan) pada Jumaat.

Menurut portal ABC News, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memaklumkan nahas berlaku tidak lama selepas pesawat jenis Learjet 55 berlepas dari Lapangan Terbang Timur Laut Philadelphia.

Pesawat berkenaan dalam misi pengangkutan perubatan dan dinaiki enam individu termasuk doktor serta pesakit kanak-kanak.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi berhubung angka kematian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa masih belum dapat memastikan angka kematian

Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker berkata kejadian itu turut menyebabkan beberapa buah rumah dan kenderaan berdekatan lokasi kejadian terjejas.

Tambahnya, orang awam juga digesa untuk tidak mendekati lokasi tragedi buat masa ini.

Syarikat yang mengendalikan penerbangan tersebut, Jet Rescue Air Ambulance dalam satu kenyataan memaklumkan pesawar ini membawa empat orang kru bersama pesakit pediatrik dan seorang pengiring.

“Pada masa ini, kami tidak dapat mengesahkan sebarang mangsa yang selamat.

“Tiada nama yang akan diumumkan buat masa ini sehingga ahli keluarga diberitahu. Kebimbangan kami adalah terhadap keluarga mangsa, kakitangan kami dan mangsa lain yang mungkin cedera di lokasi kejadian,” kata syarikat itu.

Pesakit pediatrik berkenaan dikatakan menerima rawatan di Amerika Syarikat dan dalam proses untuk dibawa pulang ke negaranya, Mexico.

Pihak hospital menerima enam mangsa yang cedera

Sementara itu, Hospital Universiti Temple mengesahkan pihaknya menerima enam mangsa yang cedera dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, tidak jelas buat masa ini sama ada pesakit-pesakit berkenaan merupakan mereka yang menaiki pesawat itu atau orang awam.

“Tiga daripada pesakit itu telah dirawat dan dibenarkan pulang, manakala tiga lagi masih dirawat di hospital dalam keadaan stabil,” jelas pihak hospital.

Manakala Hospital Kanak-kanak Philadelphia memberitahu tiada pesakit mereka menaiki pesawat tersebut dan penerbangan itu tiada kaitan dengan hospital berkenaan.

BACA: Bertembung Dengan Helikopter, Pesawat Terhempas Dalam Sungai Di Amerika

BACA: Chef Terkenal New Zealand Iktiraf Nasi Goreng Malaysia Paling Sedap

Sumber: ABC News