Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat

Sangka Hilang Ketika Berburu, Rupa-rupanya Bercuti Bersama Wanita Lain

Athirah

Sangka Hilang Ketika Berburu, Rupa-rupanya Bercuti Bersama Wanita Lain

Seorang lelaki yang disangka hilang ketika keluar berburu bersama rakan di hutan, rupa-rupanya melencong ke tempat lain untuk berhibur.

Kisah kehilangan lelaki tersebut mula menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan oleh isterinya menerusi laman Facebook.

Menurut wanita berkenaan, suaminya ada meminta izin untuk keluar berburu di hutan bersama dua lagi rakannya, pada pada pagi 18 Januari lalu.

Dia mula merasa curiga apabila langsung tidak menerima sebarang panggilan dari suaminya sejak keluar dari rumah, walaupun menanti sehingga lewat malam.

Disangka hilang semasa berburu di hutang, rupanya bercuti bersama wanita lain

Cubaan menghubungi si suami juga gagal kerana nombor telefon lelaki itu tidak aktif, sekaligus menyebabkan wanita itu merasa bimbang ada perkara yang tidak baik berlaku.

Manakala, usaha untuk mendapatkan maklumat daripada dua orang rakan yang mengikuti aktiviti memburu itu juga tidak berjaya.

Apabila dia bertanya kepada rakan-rakan suaminya yang lain tentang aktiviti memburu tersebut, tiada siapa pun yang tahu.

Wanita itu menjadi semakin risau selepas menerima panggilan daripada keluarga mertua yang bertanyakan keberadaan suaminya.

Difahamkan, lelaki itu sepatutnya bertemu dengan mereka pada 23 Januri lepas. Sejak itu, dia mula melakukan pencarian secara intensif untuk menjejaki lokasi suaminya berada.

Rasa kecewa selepas ditipu suaminya

Sehinggalah tiga hari kemudian, wanita itu mendapat khabar yang mengejutkan apabila si suami sebenarnya berada di Bali dan sedang meluangkan masa bersama wanita lain.

Menerusi satu hantaran di media sosialnya, wanita itu merasa terkejut dan amat kecewa kerana ditipu suami sendiri. Apatah lagi, selepas dia berhempas-pulas mencari keberadaan lelaki tersebut yang disangka hilang selama beberapa hari.

Menurut Lambeturah ID, kes kehilangan lelaki itu turut mendapat perhatian umum selain berada dalam siasatan pihak polis.

Setelah mendapatkan maklumat lengkap, si isteri kini memutuskan untuk menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut sempat menitipkan pesan menerusi Facebooknya yang ditujukan kepada semua lelaki yang sudah bergelar suami di luar sana.

“Walaupun anda berjaya menipu isteri, namun jangan ingat isteri anda bodoh. Doa seorang isteri itu boleh menembusi langit,” katanya.

BACA: Banjir Sabah Dan Sarawak: Bank Muamalat Tawar Moratorium Hingga Enam Bulan

BACA: Terus Menjunam, Pesawat Terhempas Dekat Pusat Beli-Belah Di Amerika

Sumber: Lambeturah ID