Siakap Keli
Raikan Jubli Intan Resorts World Genting dengan Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds Serendah RM36 Bermula 8 Februari!
Gambar Hiasan

Raikan Jubli Intan Resorts World Genting dengan Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds Serendah RM36 Bermula 8 Februari!

Raikan Jubli Intan Resorts World Genting dengan Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds Serendah RM36 Bermula 8 Februari!

Genting Highlands, 5 Februari 2025 Jangan lepaskan peluang hebat ini dengan tawaran menarik! Sempena Jubli Intan Resorts World Genting (RWG), nikmati pengalaman luar biasa di Taman Tema Genting SkyWorlds dengan tawaran istimewa serendah RM36 sahaja. Alami keseronokan dan aksi mendebarkan yang pasti meninggalkan kenangan manis.

Mulai 8 Februari hingga 31 Ogos 2025, pengunjung berpeluang menikmati tawaran eksklusif di Taman Tema Genting SkyWorlds. Tiket Standard 1-Hari ditawarkan pada harga serendah RM36 (harga asal RM84) khas untuk rakyat Pahang yang layak mengikut kod negeri 06,32, dan 33 pada kad pengenalan Malaysia. Warganegara Malaysia boleh membeli tiket pada harga RM60 (harga asal RM164) dengan bukti kad pengenalan, manakala bukan warganegara boleh mendapatkan tiket pada harga RM120 (harga asal RM198) melalui tempahan dalam talian.

Tiket                                   Harga dalam Talian Kaunter sahaja
Warganegara Malaysia Bukan Warganegara Rakyat Pahang
 1-Hari Standard RM60 (Harga Asal RM164) RM120 (Harga Asal RM198) RM36 (Harga Asal RM84)

*Nota: Harga tertakluk kepada cukai yang dikenakan mengikut kadar semasa dan terma & syarat.

Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menawarkan harga tiket eksklusif ini kepada pengunjung baharu dan peminat setia, bagi merasai sendiri keunikan taman tema bertaraf antarabangsa yang telah merangkul pelbagai anugerah. Tawaran istimewa ini adalah tanda penghargaan atas sokongan berterusan dan kesetiaan yang diberikan oleh para pengunjung sepanjang 60 tahun ini.”

Jangan lepaskan tawaran hebat yang berbaloi! Kini, anda boleh merasai keseronokan permainan berkelajuan tinggi, berpusing, memutar dan menjunam sepuas hati di taman tema Genting SkyWorlds tanpa membebankan bajet anda. Harga tiket ini setara dengan hanya enam cawan kopi, memberikan anda peluang untuk merasai pengalaman pengembaraan yang menakjubkan di atas awan, dikelilingi udara pergunungan yang segar, pada harga yang lebih berpatutan. Rancang lawatan anda hari ini dan nikmati pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan!

Lebih menarik lagi, raikan Ulang Tahun ke-3 Taman Tema Genting SkyWorlds pada 8 Februari dengan hadiah istimewa dan kejutan menarik! Pengunjung yang menyambut hari lahir pada tarikh tersebut boleh menebus hadiah bernilai RM100 di kaunter perkhidmatan pelanggan Ice Age dengan menunjukkan kad pengenalan atau pasport. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti dan permainan di Central Park Garden dan Andromeda Base dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang, dan menangi pelbagai hadiah menarik!

Taman Tema Genting SkyWorlds, yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan dan pelancong asing, telah mencatatkan kejayaan besar sejak penubuhannya dengan meraih pelbagai penghargaan berprestij. Antara penghargaan yang diterima termasuk Anugerah Kuda Emas Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA) 2023, Anugerah HAPA Malaysia Siri 2023/2024, serta Anugerah Pilihan Ibu Bapa 2024, dan banyak lagi. 

Sertai keseronokan tanpa had di Taman Tema Genting SkyWorlds! Jelajahi 9 dunia yang penuh dengan pengembaraan menarik dan pengalaman mengujakan, serta cipta kenangan berharga bersama keluarga dan rakan-rakan hari ini!

Sekiranya anda merancang aktiviti berkumpulan bersama rakan sekerja, Taman Tema Genting SkyWorlds menawarkan pakej Team Building dan Hari Keluarga yang sesuai untuk memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan antara rakan sekerja, di ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut. Selain itu, taman tema ini turut menyediakan pakej Sekolah yang baru diperkenalkan, yang kini boleh ditempah untuk kumpulan pelajar.

Pakej Team Building Genting SkyWorlds memberikan peluang kepada peserta untuk menikmati pengalaman yang penuh keseronokan melalui aktiviti-aktiviti yang disusun khas, termasuk tiket Hari Standard, kredit F&B RM50, serta barangan edisi terhad, semuanya pada harga RM240 setiap seorang. Sementara itu, Pakej Hari Keluarga dan Pakej Sekolah menawarkan tiket Hari Standard bersama kredit F&B RM50 pada harga RM180 setiap seorang. Bagi tempahan 200 orang atau lebih, peserta akan diberikan kemasukan awal ke taman tema serta berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti khas yang diadakan semasa pembukaan taman. Pakej promosi ini sah sehingga 31 Disember 2025, kecuali pada malam sebelum cuti umum dan cuti umum, dengan tempahan minimum 50 orang bagi setiap kumpulan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Mulai 18 Februari 2025, Taman Tema Genting SkyWorlds akan beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, kecuali pada hari Selasa. Taman Tema ini akan tetap dibuka sekiranya jatuh pada hari cuti umum Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web gentingskyworlds.com.   

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: