Siakap Keli
bunga api hari ke-9
Gambar: Bernama

Ini Sebab Kenapa Bunyi Bunga Api Lagi Meriah Pada Malam Hari Ke-9

Ini Sebab Kenapa Bunyi Bunga Api Lagi Meriah Pada Malam Hari Ke-9

Pasti semalam kedengaran kemeriahan bunyi bunga api yang dimainkan di sekitar kejiranan anda bukan?

Perkara ini sudah tentunya membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa masih ada bunga api ini sedangkan sudah lapan hari sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berlalu.

Bagi menjawab persoalan yang bermain difikiran anda, jom SK kongsikan fakta menarik disebalik bunyi kuat mercun yang dimainkan oleh masyarakat Cina malam tadi di bawah.

Ada Apa Dengan Bunyi Mercun?

Gambar: afp

Menurut pengguna TikTok Abee Wee, memasuki malam hari ke-9 perayaan ini, masyarakat Cina akan mengadakan sambutan Pai Ti Kong.

Sekiranya anda melalui kawasan kejiranan atau berjiran dengan masyarakat Cina, tentu akan melihat terdapat meja yang dipenuhi makanan di hadapan rumah mereka.

Antaranya kuih pau, kuih bakul, buah limau termasuk wajib ada tebu panjang. Semua ini bertujuan untuk penyembahan dewa langit.

bunga api hari ke-9
Gambar: Ayman Rashdan Wong

Maksud Tebu Panjang Dalam Kepercayaan Hokkien

Menurut kepercayaan masyarakat Hokkien, tebu merupakan simbolik kepada perlindungan.

Difahamkan, suatu ketika dahulu, masyarakat Hokkien pernah terselamat daripada serangan dengan menyorok dalam kebun tebu.

Oleh itu, jika anda terdengar bunyi mercun atau tarian singa, ia bertujuan untuk memeriahkan sambutan Pai Ti Kong ini.

@weechuanchin

Kalau malam ni ada dengar mercun dan bungi api, sebab malam ni ada sambutan pai ti kong 😬 #fyp #foryou

♬ 光辉岁月 吉他佬 – beyond

Sementara seorang penulis popular, Ayman Rashdan Wong turut berkongsi mengenai sambutan ini di bawah.

Tengah malam ini  (semalam) akan memasuki hari ke-9 Tahun Baharu Cina di mana orang Hokkien akan menyembah Ti Kong (Mandarin: Tian Gong)

Sambutan adalah lebih meriah berbanding hari pertama Tahun Baharu Cina sebab Tian Gong adalah dewa tertinggi dalam kepercayaan orang Cina. Mercun kuat dan non-stop.

Tian Gong (天公) ialah Dewa Langit dalam sistem kepercayaan orang Cina. Nama rasminya Hao Tian Shang Di (昊天上帝), Taois panggil Yu Huang Da Di (玉皇大帝), Cina Selatan panggil Tian Gong. Semua merujuk kepada dewa yang sama.

Disebabkan orang Cina anggap langit itu alam tertinggi, maka Dewa Langit dianggap sebagai dewa paling tinggi.

Dalam kepercayaan orang Cina yang asal tidak wujud tuhan pencipta. Dewa Langit juga merupakan makhluk dan dia mempunyai hari jadi.

Menurut Taois dan sub-etnik seperti Hokkien, hari jadinya jatuh pada hari ke-9 tahun baharu.

Kenapa 9?

Gambar: Ayman Rashdan Wong

Sebab 9 dianggap digit paling besar dan mulia dalam metafizik Cina.

Tapi bagi sub-etnik seperti Hakka, hari jadi Tian Gong jatuh pada hari pertama CNY.

Tapi cara orang Hokkien menyambut hari jadi Tian Gong adalah lebih well known di Malaysia. Salah satu sebabnya ialah Hokkien merupakan majoriti di kalangan Cina Malaysia (hampir 40 peratus).

Orang Hokkien juga mempunyai legenda berkaitan Tian Gong yang dikatakan berlaku semasa Dinasti Ming (1368-1644).

Dinasti Ming terkenal dengan masalah serangan Wokou (lanun Jepun), dan wilayah Fujian (Hokkien) merupakan tempat yang paling dahsyat diserang.

BACA: Ini Cara Mudah Tukar Nama Pemilik Kenderaan Secara “Online”

Diriwayatkan semasa orang Hokkien lari daripada Wokou, muncul satu hutan tebu yang menjadi tempat perlindungan mereka. Mereka selamat dan keluar daripada hutan tersebut pada hari ke-9 Tahun Baharu Cina.

Maka orang Hokkien menjadikan hari itu sebagai hari berterima kasih kepada Tian Gong.

bunga api hari ke-9
Gambar: Ayman Rashdan Wong

Bunyi perkataan “tebu” (kam chia) juga hampir dengan “terima kasih” (kam sia) dalam Bahasa Hokkien. Jadi ia dianggap sebagai bahan yang paling sesuai untuk tujuan penyembahan.

Perasan tak bunyi “kam sia” lebih kurang sama dengan “kamsa” dalam Bahasa Korea?

Tak perlu ragu, kedua-dua perkataan berasal dari 感謝. Sebutan Hokkien lebih hampir dengan Korea sebab kedua-dua Hokkien dan Korea ikut sebutan Middle Chinese, tetapi Mandarin tidak (jadi “gan xie”, pelik semacam).

Sumber: Wee Chuan Chin, Ayman Rashdan Wong

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.